Featured

About the Blog

Wednesday, May 20, 2009

induksi paling bosan...

0 comments
hari pertama...18/5/09



bahagian KP-pn has & pn mah(8.30-10.30)



sesi pembukaan yang sememangnye boring.... pn has a.k.a kak bus bg ceramah sumber manusia & latihan tp yang byk aku dengar yg merapu2 je la x byk input yg positif aku dpt yg paling menarik pn mah bg ceramah seperti mana bosnye membaca setiap yg ade kat layar putih so ramai la yg tido sbb boring...maka aku pun kluar la masukm opis sbb x lalu nak dengor....



bahagian tanah- chief S.O (11.00-1.00)

time sesi ni best sbb cut short je taklimatnye biasela chief simple je dah siap 1/2 jam je mengalahkan express senandung semalam...tu pun sebab D.O panggil hehehe walaupun kejap je tapi ade gak la input yg aku dpt pasal bhg tanah cume secara random je...



lunch hour....makanan disediakan tp cam biase je la menu dr restoran suai rasa dlm menu tu yg paling glamour adalah sayur kobis tumis alamak klu air tgn mokhtar memang terkenal dgn menu tu.....boring dah mcm muka kobis.



sesi ptg Bhg. tanah si akbal

dia x masuk sebab katenye ade meeting dgn D.O bagus gak tu x yah la nak dengor celoteh disusuli dgn ayat2 pembuktian kang x pasal2 kene buat akuan sumpah tp yang x best nye plak kak bus la plak memandai je buat game teka gambar muka para peserta alamak bosannye.... kire diorang terpersona gak dgn hasil nurkilan budak2 PDKS ni....hmhhmhm



hari kedua...

unit pendaftaran.... kang majlan

blum ape2 dah bgtau LCD projector rosak mentol meletop.... alamak si kak som ni memang spoil tul la dah satu hal dengor taklimat tanpa ade grafik memang membosankan la ditambah rasa mengantuk plak tu...nasib baik la kejap je x sampai pun sejam....untung gak x lame duk alm bilik gerakn.



sesi kedua...Chief S.O

teknikal & penguatkuasa

sesi ni rase cerah skit tp pening sebab chip asik bukak KTN je dah la ayat dlm buku tu semua ayat loyar je buat aku pening je klu bg kat bos kecik aku memang dia teror la dah memang bidang dia...tp klu ct lagi la terus muntah pastu mesti org tanye dah brape bulan? camner pun chip kene tau sbb nak buat oprasi kene la tau law...



lunch hour....x yah cite la asik menu utama dia je la.....menyampah I!



sesi ketiga...Bos kecik (PLB)

sesi yg ditunggu2 sebab bos ni pandai bercerita cam cite haiwan teladan kat tv9 dihatiku! (tag linenye) walaupun x de LCD x jadi masalah sebab bos aku ni dgn jayanye berjaya menghabiskan taklimat dalam masa 5 minit je satu rekod yg blum ade sepe2 yg mampu pecahkan walaupun D.O. cume si Yap Ah Loy tu yg tersangat la rajin membuat pertanyaan dan cara pertanyaan membuatkan aku teringat mase belajar dulu2 'encik! ade soalan? ape itu catwalk?' maka bos pun dgn selamba dek je jwp 'catwalk tu adalah kucing berjalan u tau apa itu kucing berjalan' dan dia pun kata 'O! cam tu' tu lah antara soalan yg di tanye walaupun dia seorang yg aktif bertanye! cam ner pun kire berjaya gak tu bos...

last day (hari merdeka)
Pembangunan tanah (en.najib)

ni pun best gak dengan sepantas kilat dia habiskan ceramah selama 7 minit sebab awal2 lagi dia dah inform kul 10 ade meeting so dia kene prepare tuk meeting tu so x lah nak bg ceramah panjang2 cukup sbg asas je, walaupun ringkas tp padat dgn aksi2 penerangan pasal prosedur pembangunan tanah dgn semestinye ade la yg rajin tanye cam si sikin & yap ah loy tu... katenye nak menambahkan info la....

Unit Hasil (cc razak)

walaupun beliau nampak bersemangat je tp masa pembentangan boring gak bile dia baca nota cam dia ni x paham ape yg dia buat cume buat penerangan lebih kurang je, cume dia ade la cite pasal staf dia buat kutipan hasil kene kejar dgn anjing cite tu agak menarik yg lain2 tu semua moderate je......

maka berakhir la kursus induksi yg mana cume nak cukupkan syarat je sebenarnye x de motif lain dan berakhirnye kursus tanpa sebarang majlis penutup dr bhg K.P x pe la yg penting dah selesai kursus........
Read more

Tuesday, May 12, 2009

hari ini dalam sejarah...13 mei 1969.

3 comments
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 satu sejarah hitam dalam diari sebuah negara yang bernama Malaysia iaitu rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


UMNO khususnya orang-orang melayu telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana pada masa itu orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh dan menjadi salah satu punca sentimen perkauman semakin meluap-luap dalam sanubari orang-orang melayu sehingga membawa perasaan benci terhadap kaum cina.

Oleh yang sedemikian kepada saudara ku sekelian beringatlah peliharalah keamanan dan kesejahteraan yang telah lama kita nikmati ini pertahankan lah pertiwi ini agar sentiasa aman dan damai kerana tiada tempat di dunia ini yang sesejahtera, aman dan harmoni hanya lah kau Malaysia tiada dua atau tiga .......bersama-sama satu suara menjadi satu MALAYSIA!










Read more

Monday, May 11, 2009

symphony orkestra....

3 comments
weekend hari tu aku belek2 dvd lama dlm koleksi aku & aku terpandang dvd konsert metallica & symphony hish...dah lama aku x tgk, konsert rock yg paling happening sebab ni la 1st time band rock join venture dgn orkestra pastu orkesrta yg buat show tu bukan calang2 punye grup san francisco orkestra dgn konductor symphony yg paling glamour micheal kamen.

masa tgk konsert tu wife aku pun tergeling mcm tgk naimah je! naimah tu adik dia yg sekolah kat sri puteri budak ni join band orkestra sri puteri, sebab tahun lepas kitorang tgk pertandingan band orkestra sekolah kat PICC nama pertandingan tu SBP Wind Orkestra kat situ berkumpul la band orkestra dr sekolah yg terbaik yg berentap mlm tu.


memang best tgk & rasa show orkesrta secara live walaupun yg buat show tu budak2 sekolah je lagak persembahannya persis pemuzik professional. memang x dinafikan sebab persembahan yg diorang buat tu semestinya mantap & bertenaga sepanjang persembahan diorang tu buat aku rase meremang kira dahsyat la.


antara persembahan yg paling aku suka masa tu show dr sekolah Sri Puteri sebab diorang bawak lagu antara yg aku minat lagu bonda (m.nasir), masa intro x sedar lagu tu lagu bonda sebab dia punye intro cam lagu orkestra mat saleh tp bila aku dengar betul2 sah2 la lagu tu lagu bonda pastu org dlm PICC pun tepuk la kau2 sebab diorang pun x sangka lagu bonda leh jadi cam tu antara sebab yg aku dengar ade org tepi2 cakap arrangement lagu tu lain sgt walau cam ner pun shoe yg diorang bawak tu cukup gemersik dan mendayu sampai ade yg same2 nyanyi memang mengasikkan.... tangkap leleh (uduk iwak leleh yo).


bukan senang nak dpt rase persembahan live dr pemuzik2 orkestra muda ni nampaknye pemuzik kat malaysia ada pelapisnya maknenya industri muzik kita x ketandusan bakat cume dlm aliran muzik symphony x ramai yg berminat org lebih suka muzik mainstream je la.......

Read more

Wednesday, May 6, 2009

lamanya....bercinta!

5 comments
Aku dengar hot fm segment ‘hot chart’ dj radio bgtau topic perbincangan nye pasal lamanye bercinta aku tertatik dgn topic perbincangan pg tu sebab buat aku teringatkan besfren aku yg ade pengalaman bercinta yang rasenya lebih 10 tahun gak la rasanya….
Semuanye mula dari zaman sekolah la dari start dr form 3 lg mase tu diorang tak Nampak la cam bercinta cume agak rapat la tu tak semua org tau pasal kes diorang ni Cuma besfren je yg tau.

Aku ingat lagi masa 1st time diorang dating klu x silap aku lepas waktu sekolah la besfren aku namanya s’man & aweq dia namanya yati si s’man ni x bgtau kat besfren2 dia iaitu aku & 2 org lagi geng aku kitorang ni pegi balik sekolah sama2 hari tu ntah camner dia kluar lambat x cam biase kebetulan besfren aku yg lg sorang namanya pesal satu klas ngan si s’man dia pun x tau ke mana kelibatnye kitorang ingat dia ade perjumpaan pengawas tp besfren aku yg lg sorang pun pengawas cam s’man gak dia kate x de, lama gak la kitorang tunggu dekat sejam lebih so kitorang cam x sedap cam ade yg x kene ngan s’man ni kitorang pun gi pusing satu sekolah manalah tau dia kene sorok ngan hantu kom-kom…hehehe! Tetiba je kitorang terdengar suara org berborak cam romantic jer bunyinye so kitorang pun sergah la couple ni maka dgn terkejut beruk makye diorang ni yg aku kesian kat yati sebab menahan malu bile tgk muka yati rasa cair plak dah la lawa, chubby & very sweet yg ko plak kira hemsem gak cume kurus kedengking & pendek untung la ko man…

Masa form 5 tu la masa klimax diorang punye feeling bukan ape kat sekolah dah jumpa tp ptg je bergayut kat telefon rumah x cukup kat rumah sambung plak kat public phone(kitorang panggil pondok biru) sampai berjam2 bapak dia bising sebab bil tinggi, kitorang selalu lepak kat rumah nenek aku sebab aku duduk ngan nenak aku je so line clear tp kitorang ni la buat benda yg x elok camner pun setiap kali lepak 1st priority study dulu walaupun ½ jam je bukan pe kitorang ni klu study sama2 x leh lama2 sebab tangan kitorang ni x leh duduk diam mesti x sabar2 nak gi pondok biru lepaskan rindu masing2, peh…biasenya kitorang wat lepas isyak! Banyangkan la si s’man ni klu bergayut klu dr lepas isyak sampai ke subuh pun boleh memang gile gayut tu, tp x de la dia gayut dgn yati je..lepas call yati dia pun call la aweqs spare part plak yg memang ramaix terkira........
ade satu peristiwa yg buat aku x kan lupe sampai bile2, mlm tu mlm jumaat bisenye mlm tu kitorang x gethering menghormati mlm barokah tetibe je s'man dtg ajak aku kluar tp dia x bgtau nak gi mane so aku join je la mlm tu aku tgk dia ni cam biul skit klu x silap dia kantoi pasal rahsia spare part pecah mlm tu dia bwk motor pun x betul skit ade satu spg kat rmh pesal kat tepi spg tu ade rimbun pokok pisang sepatutnye dia masuk spg tu tp ni x dia boleh terus je nak langgar pokok pisang nasib baik la aku sempat jerit ' man! pisang tu?' lps tu disebabkan dia gak aku trjatuh motor hampir2 masuk longkang besar dah la mlm tu aku pakai kain pelekat je masa aku jatuh tu dia x perasan langsung cume dia rase tetibe je moto tu jadi ringan bile toleh aku dah x de x gunapunye kawan.....pastu dia ketawakan aku sampai terbahak2 sampainya hati ko, dah la aku ni sakit2 tergolek2 kat semak2 bengang tul aku!
tu semua cite dulu ingatkan lepas abis sekolah then sambung belajar bile dah keje diorang ni terus kawin rupe2nya x kesampaian ikatan pertunangan terputus pada hari yg sepatutnya dibincangkan hari pernikahannya, ntah kat ner silapnye tp aku x salahkan diorang bedua klu x silap aku masalah ni dr famili si yati gak...maklumlah yati ni sebagai lawyer s'man cume cikgu sekolah rendah je terlalu jauh darjatnye satu lg si s'man pun satu hal gak dah tau lawyer ni bizi yg dia carik spare-part buat ape dia bgtau dia boring sebab yati bizi sgt... walaupun cam tu skrg ni diorang pun dah kawin dgn pasangan masing2 dah ade anak pun.......moga berbahagia selamanya!
Read more

Tuesday, May 5, 2009

siti masak speghetti....

5 comments

macam ner la plak si ahyya & yana boleh plak tergerak nak masak speghetti yang sememangnya tak pernah pun diorang masak sebab diorang ni kurang pandai bab masak-memasak ni lagi2 si ahyya tu nak masak pulut pun abg ipar yg masakkan hish...ape nak jadi dgn ayya ni! maka nak masak resepi italiano kene la surf internet cari resepi yg rasenya senang nak buat ha..tu la ayya apa macam mau kasi itu longkong makan ma! x tau masak ma!.... bile dah jumpe resepi yg dicari diorang baca x pahamcam ner nak masak sebab bahan2 dia pelik2 la plak....hehehehe! 'aku cakap la kat kuala selangor ni kan dah ade tesco so ape nak susah kat tesco kan macam2 ade' jd diorang pun paham la lunch hour aku & diorang ditemani bos kecik gi la tesco then makan la kat warung anika mee kak ita afterword kitorang pun gi la masuk dlm tesco sebab nak mencari bahan2 nak masak bende alah tu... ni pun satu hal lagi nak cari bahan2 pun pening sebab x jumpe bahan yg paling penting je iaitu sos pasta dlm botol berjenama prego untung tul sebab dah ade yg xpress tinggal panaskan je tp x cukup lg kene la carik aksesorinye tu cari la mushroom dlm tin & fish ball satu bende lg ni rempah mat saleh si ct kate x jumpe bile time aku carik jumpe plak agaknye ct carik ngan kaki kot bukan ngan mata sebab tu x jumpe...kahkahkah!
semua bahan dah sedia balik ofis sebab kul 2.30 aku kene gi site kat ladang calidonian buat inspection la ngan bos beso sblm tu ct tanye cam ner nak masak ni... aku pun bg la taklimat ringkat tatacara nak masak bende tu yg sebenarnye aku pun x pernah masak kire main belasah je ni...aku sempat bgtau bile balik dr site mesti dah siap masak so pandai2 la korang masak ye... aku tinggalkan la diorang dgn amanat kaedah nak masak makanan tu dlm kul 3 lebih si ct call aku dia tanye spaghetti tu memang lembik ke! aku bgtau ni mesti dah rebus spaghetti tu lame sangat ni sampai lembik jadinye nasib baik x hancur diorang rebus hai...la anak dara ni kul 4 aku sampai ofis masuk je dah tercium la bau sos spaghetti kire ok la bau nye kire berjaya gak la diorang ni masak resepi segera ni dengan sedikit tunjuk ajar yg diberikan maka jadi gak la diorang ni masak spaghetti so maka terhidang la makanan italano kat atas meja tp yg x bestnye tgh membara nak rasa masakan anak dara PLB ade plak si midon dtg nak jumpe bos nak ajak bos minum jd bos ajak la dia masuk & rase masakan budak2 ni alamak aku pun rase dah x best nak makan mengurangkan selera nak makan spaghetti ni...kacau tul la si midon ni, tp boleh la bg pujian skit spaghetti yg diorang masak semalam tu ok sampai kuahnye abis tp mee nye byk lg nak buat camner sos nye sikit sgt la sampai ade yg x dpt makan kecian mereka sebab x dapat makan......
Read more

Wednesday, April 22, 2009

the last kiss....

8 comments
Oh where, oh where can my baby be?
The Lord took her away from me.
She's gone to heaven, so I've got to be good,
So I can see my baby when I leave this world.

We were out on a date in my daddy's car,
we hadn't driven very far.
There in the road, straight ahead,
a car was stalled, the engine was dead.
I couldn't stop, so I swerved to the right.
I'll never forget, the sound that night--
the screamin tires, the bustin glass,
the painful scream that I-- heard last.

Oh where, oh where can my baby be?
The Lord took her away from me.
She's gone to heaven, so I've got to be good,
So I can see my baby when I leave this world.

When I woke up, the rain was pourin down.
There were people standin all around.
Somethin warm runnin through my eyes,
but somehow I found my baby that night.
I lifted her head, she looked at me and said,
"Hold me darlin just a little while."
I held her close, I kissed her--our last kiss.
I found the love that i knew i had missed
well now she's gone, even though I hold her tight
I lost my love, my life-- that night.

Oh where, oh where can my baby be?
The Lord took her away from me.
She's gone to heaven so I've got to be good,
So I can see my baby when I leave this world.

mmmm..........uhohhhhhhhhhhhh............

this is a sad story that only can be translate in writing.....for the person that want to express his feeling thru his writing to show how deep is his love to the girl that very meaningfull in his life......

but fate is fate! what had happen can't be take back.............
Read more

Tuesday, April 21, 2009

uji minda.....pada yg pandai aje!

6 comments
Fresh kan otak di kala mengantuk


Kalau mengantok bacalah teka teki ni :

1)Dalam Banyak2 air, air apa yg paling berani?Ha3,ape bende tu?

2)Banyak-banyak binatang...binatang apa keluar haid...

3)Dlm bnyk2 binatang,binatang ape yg bertelur dan beranak??? kira 2 alam la niiii....

4)banyak3 sungai, sungai apa yang paling berat?


5)Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah. saya bagi 2 saat. ............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ..... ............ ......... ......... ...1saat ............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ..... ............ ......... ......... ....2saat

6)huruf jawi apa yang ada angin...keh keh keh..jawab jgn tak jawab.. nak tau apa?

7)Nih aku nak teka ni...kasut apa yang paling keras??haa.. pikiaq2.. apa?

8)Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ??

9)Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?

10)Ok aku nak tanya korang. benda apa kalau naik tak turun dah?

11) Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?

12) Ada sekor gajah dan sekor kancil, berjalan2 dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi.
Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah?
Gajah patah apa rasanya ya????

13)Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari,(any answer?)


haha...coba la ko coba (cam lagu faizal tahir plak) menjawab soalan diatas ni, klu betul semua aku belanje je........
Read more

Sunday, April 19, 2009

nasihat yang membawa berkat....

6 comments
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN........selamat beramal... hehehehehe!
Read more

Thursday, April 16, 2009

bile besa ko nak jadi ape?

3 comments
hari rabu hari tu aku htr adik aku gi interview kat bgn mara k.l untuk cos medic ofer gi oversea tu ramai la gak budak2 lepasan sekolah yang dtg nak jadi calon2 terpilih. adik aku bgtau ade 2000 tawaran yang kosong tp biasenye mara x isi penuh tawaran kebiasaannye dalam lingkungan 1300-1500 je yg mara ambik agaknye nak kurangkan kos kot.

mase aku tunggu budak2 nak masuk interview aku terkenang la gak mase sekolah2 dulu x banyak peluang belajar cam diorang ni dulu cume harapkan tawaran UPU je tu pun susah nak dapat nasib2 je pastu offer dr poli, ikm & yang paling cikai pun masuk giat mara habis cite.... bertuah la budak2 skrg ni peluang terbuka luas rebut je la maklumlah budak2 skrg ni ramai yg pandai2....

aku teringat zaman2 budak hingusan dulu kalau ade org tanye ' ko bile dah beso nak jadi ape?' dgn semangat jawab ' nak jadi askar' selamber jer jawab kenape la agaknye budak2 dulu kalau ditanye ko nak jadi ape! jawabnye polis, askar, cikgu ade gak yg nak jadi posmen. mungkin pengaruh sekeliling agaknye! aku teringat mase kecik2 banyak cite pasal polis kat tv cam 'roda2 kotaraya' cite pasal polis trafik yg berlakon cam biase la sarjan misai sampai sekarang glamour beb melekat nama tu... pastu cite pasal semangat tentera cam cite 'darah satria' pelakonnye aman shah, bg aku cite tu berjaya memupuk semangat patriotik cintakan negara x pun cite lawak 'perebet badul' cite die lawak sebab mase tu dia la pelawak yg gah tp jln cite nye menarik dan berkesan agaknye bilebudak2 dulu tgk cite tu terus semangat nak jadi askar macam lirik lagu hujan yg cite pasal bapak suruh jadi askar....

pastu bile aku dah besar sikit PM mase tu dr mahathir umumkan wawasan 2020 'malaysia sebagai negara maju' mase tu terpikir agaknye tahun 2020 orang gune kete terbang la kot sebab pada tahun yang same kluar cite 'star trek' , star wars & yang paling best cite back to the future semua cite ni semua pasal kenderaan yang boleh terbang terasa bangga la mase tu maklumlah budak hingusan....aku teringat ade cikgu sekolah rendah aku tanye satu klas bile besar nak jadi ape? maka dengan bangga le jawab ade nak jadi saintis, profesor la, pereka cipta same la gak cam aku, aku cakap nak jadi perika cipta ditahun 2020 fuyoo maka riuh la satu klas kecoh pasal tahun 2020...nak ketawa pun ade la! punye la jauh imaginasi aku mase tu!

masuk sekolah menengah plak biase je biase la jadi budak baik dari form 1-5 x banyak la isu hangat cume mase form 5 bach saye terkenal dengan nakalnye sampai cikgu pun x lah kate ape cume x de la sampai kacau orang. aku teringat mase tu dah nak SPM klu orang lain sibuk study kitorang senangkan otak dengan main skipping kat dalam klas memang best bile kantoi dgn cikgu dengan selambe je jawab otak da biol cikgu kene release tension skit.... geleng kepala cikgu aku tu. cikgu pun dah x tau nak buat ape sepatutnye anak murid yang risau sebab SPM sah dekat ni x cikgu plak yg lebih2 risau so nak sedapkan ayat cikgu cakap ' saya x tau nak cakap ape, cume harap2 korang ni semua jadi orang je la!' hai jahat sangat ke kitorang ni.....tp in the end resultnye ramai la daripada kalangat kitorang yg dpt masuk IPT termasuk la aku 'terima kasih cikgu' memang dalam sejarah hampir 70% dari bach kitorang ni dapat melanjutkan pelajaran dlm banyak bidang paling ramai jadi cikgu.....

hari selase hari tu aku gi medang kat soto bt 2 sg yu, kebetulan plak aku ternampak bekas ustaz aku yang skrg ni selalu jadi khatib kat masjid pekan lame kuala selangor nama dia ustaz bohari, cam biase la ustaz x cam anak murid aku tegur dia pastu abgtau aku nibekas anak murid baru la dia perasan pastu terus dia bgtau ' jadi orang jugak ko ni ye!' aduh pedihnye la ulu hati aku bile ustaz sendiri cakap cam tu terus aku jawab 'ni semua berkat doa ustaz gak dia pun tersenyum.

tu la beza budak sekarang dgn budak dulu cam ner degil ke jahat ke akhirnya tetap jadi orang tetap hormatkan gurunye walaupun dah puluhan tahun x jumpe.... tp cam ner pun budak sekarang ni beruntung sebab peluang belajar tu lebih luas cume kene pilih jurusan yang boleh menjamin kehidupan masa depan rebut la peluang yang dah kerajaan sediakan seluas-luasnye...............
Read more

Tuesday, April 14, 2009

alkisah 3 budak....

3 comments
Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan" .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka paramakmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee..."Tok imam pun terkedu & terpana
Read more

Friday, April 10, 2009

eh...bukan kete aku la!

5 comments
ni kisah klu parking kete dekat sebelah kete yang same jenis same color hampir same no. plat. mase tu aku kluar gi beli barang kat pekan sg besar lepas magrib la aku kluar wife aku pesan mintak belikan barang dapur skit so aku pun kluar la gi beli barang guna kete kelisa silver wife aku sebab senang nak parking sampai kat depan Pasaraya Kasim aku pun parking la kat parking lot depan kedai mase aku parking kete kelisa aku je yang ade kat situ

so aku pun terus la masuk kedai beli barang yang wife aku pesan cam biase la aku melilau kat dalam kedai mencari barang yang diperlukan aje sambil jenguk2 klu2 ade barang untuk keperluan aku sendiri, bile semua barang dah perlu dah dapt aku pun bayar la kat kauntersambil borak2 skit ngan tokei kedai kebetulan mase tu hujan rengai2 sambil berlari la aku gi k kete aku

aku tekan alarm kete "tit...tit" bunyi alarm dengan selambe je aku gi kt kete tu cube masuk tapi x leh masuk aku rase hairan td rasenye alarm dah bunyi knp x leh masuk ni so aku pun tekan lagi alarm 'tit...tit' ha...ade bunyi tp peliknye knp bukan kat kete ni yg bunyi....mcm kat kete sebelah je! jeng..jeng...jeng! bile aku toleh macam kenal je kete kat sebelah....eh! tu kete aku la yg ni kete sape plak, tadi x de kete ni kat sini? alamak...bile aku tengok betul2 rupe2nye kete org la bile aku tengok no. plat dekat same la BHA 3angka gak mcm kete wife aku.

alahai....malunye mukeku ini nasib baik la org x ramai mase tu patut la diorang tengok semacam je kat aku, balik rumah aku cite la kat wife aku so dengan x de rase simpati langsung dia ketawa terbahak2, terkene aku dgn wife aku dia pesan 'lain kali tengok betul2 kete sape sebelum naik tau' aku pun jawab 'iyelah.........'
Read more

Wednesday, April 8, 2009

dari sg besar ke bangsar?

1 comments
hr selasa hr tu aku cuti sebab nak hantar adik ipar aku g interview kt institut perguruan guru kat lembah pantai dulu orang panggil institut bahasa dia dpt ofer program pendidikan luar negara buat 'chemistry' bile aku tnye nape amik cos tu die kate dah minat so up to her nak pilih cos ape pun. sebenarnye aku ni dah dekat 10 tahun tak masuk bangsar last time aku gi bangsar time study dulu2 mase tu klu tension je ape lg merayau la satu kl. dulu kat bangsar aku ngan geng2 aku selalu lepak kat area modestos la cam biase kat 'mapele' jalan telawi yang sentiasa 'happening' bukan ape kat situ area cuci mata sebab awek2 yg gi area tu memang x leh tahan beb....tergugat iman tp syukur aku x la sampai terjebak ke lembah tu......

bile dah lame x gi sane rpenye aku dah sah masuk simpang sepatutnye aku masuk kat u.m tp aku terlajak ke depan sikit so merayau la aku kt area bangsar tu yang aku rase cam kenal je area tu dulu pernah lalu. dulu time aku lepak kat bangsar semua 'flyover' masih dalam construction bile dah siap aku yang confius cam ni la kl.

interview pg hr tu x ramai dlm 16 orang je tp sesi interview memang lame rasenye dlm 3 jam la gak dlm mase aku tunggu ade l sorang parent ni cite pasal anak die ni dr ape yang aku dengar ank pakcik n memang pandai2 la anak die yg ni dapat 11A 1B tp cara dicakap tu cam blagak la plak adik aku tu yg sekolah kat ari puteri pun x berlagak cam tu walupun dapat 9A1 1A2. pakcik tu cite ana die nakamk cos 'medic' tp x dapat sebab cos medic kene semua subject sains stream kene strait A tp budak tu fizi dia B sah2 la x dpt kecewa katenye die bgtau dlm mdic mane pakai fizik dlm mase yg same wife aku yg memang dlm bidang kedoktoran pun tempelak kt pakcik tu cume dia bgtau kat aku dr pun kentau fizik gak cume basic je bengang gak wife aku. pastu die cite lg 15 hb ni ad interview untuk cos medic mara ofer anak die x dapat wife aku cakap 'padan muke tu la berlagak lg' bukan ape mase tarikh tu pun aku kene htr adik aku t interview medic tu ofer gi oversea tu.......

mcm tu la klu dh ramai sgt bdak2 pandai zaman skrg ni bnyak sungguh peluang belajar tak zaman aku dulu peluang x banyak ken berebut plk tu klu x dpt masuk mn2 ipt kene la amik form 6 tu klu dah last choice dah la susah tp tu je la peluang yang ade x cam skrg peluang terhidang kene la pandai2 pilih cos............ummmh!
Read more

Sunday, March 29, 2009

neng indon......

3 comments
pagi isnin ni biase la rase malas tul nak gi keje la plak, bile dah 2 hari cuti rase liat la nak bangun pg gi keje tp demi tugas aku gagahkan gak. aku sampai ofis then punch card then naik tingkat tiga tp aku tengok ramai sungguh senarai menunggu ingatkan public rupe2nye staff sendiri la, knp? la...pintu ofis kunci cc x datang demam hj zain plak x dpt dikesan....hhmmm! maka dimaklumkan la kat pakcik gard PDKS (yg budiman selalu tabik orang) mintak die bukak pintu ofis....terima kasih pakcik gard!

ngam kul 9 lebih memang dah time kitorang breakfirst so cam biase la geng aku ngan bro PLB, ADO kesayangan PLB n satu2nye pegawai kat PLB(jawatannye je la) gi satu kete, antara yang menarik tu mase nak gi kat kete pegawai ni kitorang dah perasan dia parkir kate kat depan bangunan PDKS tapi yg peliknye tu die boleh plak dgn x bersalahnye menghala ke kete kembarnye yg parkir kete dekat2 dgn die ni kitorag ni plak memang dah menunggu kat sebelah kete die, bile perasan tu bukan kete die terus la die tersipu2 rase malu kat kitorang, ni la yg dimeksudkan dgn ragam manusia.

bile semua dah kembali normal si pegawai n plak buat hal lagi die kate mcm bawak walet tp rupe2nye die tertinggal kat rumah....kitorang terus la bergelak ketawa sebab die dgn rasminye digelar neng indon mcm PATI sebab x de i.c pastu yg best tu bos kecik cakap klu ade 'road blok' die nak bgtau kat polis jgn tanye die punyer i.c tanye mane die punyer walet sebab semua benda tu ade kat dlm walet n bos nak bgtau kat OSPD suruh buat 'road blok' lepas kul 5 khas jln ke kapar/meru sebab ade orang x de walet......kahkahkah!

p/s: lain kali sblm kluar rumah cek dulu bende2 penting tu ade ke tidak!
Read more

Friday, March 27, 2009

pak gard yang berlagak

3 comments
minggu ni aku x leh nak gi mane2 atau pun x leh nak kluar dari daerah sabak bernam disebabkan wife aku kene stand by 'on call' nak buat cam ner dah sampai turn wife aku plak so aku pun x de la nak plan nak gi shopping ke jalan2 ke cume duduk rumah berasmara dana je la dgn wife aku weekend ni.

malam tadi cam biase la kitorag selagi x midnite memang x leh tido, disebabkan mlm tadi tu mlm jumaat ingatkan nak bermesra gurau2 senda la dgn wife aku tetibe je kul 12 ade plak call dtgnye dari phone wife aku so wife aku pun suspen la : 'ala...ni mesti ade kes ni!' bile jawab je memang ye pun ade kes 'kels'(ungkapan en.najib tuk geng tu) mabuk eksiden langgar pokok kelapa sawit dr ape yg dimaklumkan dr hospital sabak gigi 'kels' tu pecah mulut koyak, mak cam biase la aku pun dgn rase kecintaannye menghantar la wife aku gi hospital bersama dia punye asist.

sampai je kat ER aku parkir la kete kat depan ER tp aku rase memang x ganggu ambulan @ mn2 kenderaan yg lalu kat area tu sebab parkir biase tuk dr 'on call' x leh guna hospital tgh buat renovation bangunan pada mase yg same aku plak tersakit la perut yg amat sgt rase cam nak kluar dah isi perut pengarang badan ni aku pun park je kete n terus la berlari ke toilet dah la toilet hospital jauh tetibe je ade la sorang pakcik pak gard ni sound aku dgn gaya ganas : 'kete parkir depan' aku bgtau : 'saya naak g toilet ni sakit perut dah x tahan dah ni' pastu dia jawab : 'dah...x de2 kang pe2 hal aku yang susah ko perut je yg ko ingat' dlm hati aku memang menyumpah dah : 'claka punye org tue' aku balas blk : 'pakcik...bg sy 5 minit je pastu sy kluar sy hantar dr 'on call' ni td' so dia dgn bangang buat bodoh je' : die kata : 'aku tau ko kluar!' dgn rase menyumpah seranah aku pun kluar memandangkan perut dah memulas aku terus je strat kete chow cari toilet kat petronas sabak tp yg x syok nye dah x de selera la plak nak memerut, ni semua pak gard punye hal nasib baik aku x kene buasir pak gard PDKS pun x cam ni memang hampeh tahap cipan tul la.

x pe la rasenye aku paham knp? bukan pe agaknye dia kecewa maklumlah mlm jumaat x dpt nak lepaskan hajat kot! cume beringat la skit rukunegara ade bgtau 'kesopanan dan kesusilaan' mendalam maksudnye tu mungkin gak walaupun MALAYSIA dah 52 thn merdeka dia masih x paham2 maknenye tu, cam ner kita org muda nak hormat kat yg dah tua klu die pun x tau nak hormat kat kite.......diorang ni kene hantar kat kursus kesedaran sivik x pun yg paling sesuai masuk kem PLKN biar terdidik skit..................
Read more

Thursday, March 26, 2009

misteri nusantara

4 comments
ade satu kes yang sungguh menyayat hati, kes ni terjadi x berape lame dalam 1 @ 2 minggu yang lepas terjadi kat kawasan ofis PDKS ni la gak. cite ni pak jaga yang bgtau mase tu aku tgh minum kat kantin dgn budak2 aku la pastu dtg la sorang pak jaga yg paling senior kat pondok jaga.

kes ni jadi malam mase pak jaga yang kene ni klu x silap pak jaga yg berbadan gempal & gelap skit kulitnye (cam ct kot) kluar buat rondaan rutin dah keje jaga kene la buat rondaan, mase buat rondaan kat area parking kat bawah pokok dekat dgn TNB tu di perasan ade banyak plak daun gugur nak kate angin tiup malam t x de angin la plak so die pun dgn selamba terus suluh la kat atas pokok tu ape yang bestnye ternampa la kelibat cam org pompuan berambut panjang kat atas pokok tu sambil mengilai so terus la mamat tu terkejut mengigil ketakutan n terus berlari menyelamatkan diri mengorok kat surau PDKS mase tu klu x salah dlm kul 2@3 pg.

bile sampai kat surau plak mamat tu yg dah mengigil ketakutan cube nak bertenang pastu mase tgh duduk kat tangga surau ade plak kelibat persis abg zali dreba D.O kluar dari tandas pompuan n terus duduk kat sebelah mamat tu siap dgn unifom baju selangor biru plak tu so mamat tu pu tegur la abg zali memandangkan kenal kan : hai! bang keje ke? tp tegur langsung abg zali x jawab terus la mamat tu rase meremang segala bulu2 yg ade kat badan dia dengan selamba je dia berjalan gi kat pondok jaga tp sebelum tu die sempat la gak jenguk ade ke kete D.O, ketenye ade kat tempat biase pastu die pandang plak surau terus ghaib plak abg zali! maka bertambah la bingung la mamat jaga tu besok pagi nye terus demam seminggu sebelum demam mamat tu cite la kat chief jaga maka besoknye bile chif jaga jumpe abg zali terus la dicitekan kes mlm tu abg zali bgtau mlm tu die x keje ade kat rumah.........so maknenye kelibat tu adalah jelmaan semata2.................hehehehehe!
Read more

p.c & entry blog

4 comments
hari ni aku rase cam lain skit la bukan ape, pg tadi aku cam biase la 'on' pc kat bilik aku walaupun di gelar bilik luahan perasaan (tuk ct & yana je) pas tu aku cek la e-mail aku yang dah 2-3 hari aku x bukak pastu aku saje je la cube, try, test bukak blog spongebob aku saje2 je sbb selalunye aku try bukak memang x leh tp pg tadi bile aku try bukak tetibe je boleh la plak kluar blog aku yg bertemakan si kuning span (sempena kotak tisu spongbob kat kete aku), aik......nape tetibe je boleh ni cam pelik je! aku x puas hati so aku 'x' je la website blog aku n aku suff semula site blog aku tu jeng.......blog aku tu kluar la kat skrin monitor plak ni bermakna aku boleh la buat entry guna p.c aku je ni dah bagus x yah la nak tumpang mane2 p.c kat luar kang org kate kacau plak. aku nak ucap t.q kat sesape yg dah godek p.c aku ni bukan ape biase bile budk ict yg godek pastu mesti 'hang' memanjang je p.c ni. tp ape2 pun aku nak bagi hadiah kat org yg dah godek p.c ni x kan makhluk misteri plak yg godek plak ye.........hahaaha! yang penting p.c dah ok boleh bukak blog pastu buat entry untuk kutuk-mengutuk ahli blog yg lain...........
Read more

Tuesday, March 24, 2009

bilik luahan perasaan

5 comments
ni la kes org yg tengah hangat tahap hangit bila hangatya bercinta al-maklum lah si abang nun jauh di perantauan di atas kapal mencari rezeki di negara orang kesian bile mengenangkan nasib hamba allah ni, apa nak buat! kalau dah jodoh dengan orang kapal walau macam mana pun tu semua dah ketentuan tuhan terima lah seadanya.

akan tetapi bagaimana agaknya ya kalau lah ada pihak yang menyalahgunakan kemudahan yang diberikan yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan tugas2 hakiki jawatannya, ini lah ragam manusia tapi itu semua atas budi bicara bak kata musang berjanggut : 'itu peraturan manusia bikin boleh padem!'.

ni lah yang terjadi kepada staff aku ni setiap kalinya kekasih hatinya memanggil tanpa rasa segan silunya dia terus meluru masuk ke dalam bilik saorang pegawai ni dengan perasaan penuh riang pabila mendapat panggilan dari si dia, walaupun berada jauh di mata umpama mambilang hari tarikh keramat yang katanya lama lagi nak sampai.

setiap kali dia masuk bilik aku ni yang menghairankan aku adalah tidak diperlihatkan kelibatnya sedangkan aku perasan dia masuk bilik dengan kuntuman senyuman yang melebar menyambut panggilan dari si abang tercinta, telah menjadi satu kemyuskilan di benak fikiran aku : 'dia ade belajar ilmu ghaib ke?' pada pemikiranku ini tanpa semena2 dia muncul semula kaluar dari bilik aku dengan perasaan girang keriangan, pada satu ketika aku buat pemeriksaan mengejut sewaktu dia sedang menjawab panggilan dari abang sayangnya rupa2nya dia menyorok sambil menyangkong disebalik kerusi empuk ku itu, maka ketawa besar aku gelihati melihat gelagat si staff aku sambil staff yang lain pun mengambil kesempatan manyaksikan adegan yang sangat sukar untuk ditonton nasib baik dia tak terus berbaring atas lantai atau menyorok bawah meja.

wahai sang puteri usah diperlakukan diri mu seperti itu buruk benar la dilihat orang sudah seperti dilanda angau je kalau diamati bawa2 la bersabar jangan la di buat perangai seperti itu mengerikan la kalau heboh seantero dunia, aku pun dulu2 ade la juga pengalaman bercinta tapi tak lah sampai nnak menyorok segala..................

p/s : aku nak letak papan tanda sewaan bilik dengan kadar penggunaan RM 0.30/minit dimasukkan dalam balang yang bakal disediakan...........

:- bilik aku akan dinamakan bilik luahan perasaan..............
Read more

Monday, March 23, 2009

teka-teki teka tekuk......

5 comments
setiap soalan x ade kene mengena dgn yg hidup atau yg telah pergi.............

1. dalam banyak2 bende! bende ape yg sebelum pakai die lembik.........mase pakai die tegang...........lepas pakai die lembik semule...........ha! sape saye?


2. dalam sebuah kampung ade la sorang pakcik ni org kampung panggil wak ali die ade kebun 3 ekar die cadang nak tanam pokok buah-buahan sebab nak buat kebun die dusun buah, so die pun cari la benih buah manggis ngan pelam jadi di bawaknye benih tu ke kebun die tu, pastu die pun tanam la separuh anak pokok manggis ngan separuh anak pokok pelam..........antara kedua2 pokok tu yang mane tumbuh dulu!
Read more

Sunday, March 22, 2009

exam @ study

1 comments

malasnye la aku nak blajo bile dah keje memang rase kemalasan sungguh nak bukak blk note2 lame yg dah dekat 10tahun aku tinggalkan klu 2-3 tahun tu aku rase semangat berkobar2 gak bile bukak note lame2 tu tp ape nak buat klu x amik exam tu x dpt la aku kompom dulu mase jadi teknisen senang je sbb ramai geng jadi aku pun buat komplot : 'ape yang penting!' kerjasame!' janji lulus dengan cemerlang walaupun aku bawak masuk belaan khusus utk lulus periksa, mase exam JPS dulu aku rase semue bende yg aku buat mase keje tu yg nak menipu mase exam x de masalah skrg ni plak bile dah naik pangkat kene gak la gi lagi kene plak sit semula exam perkhidmatan tp kene amik ikut JKR plak alamak tu yg aku malas ni bukan ape cume aku malas nak bukak note2 lame yg mane aku dah hampir lupe kebanyakan formule2 yg biase aku gune mase belajar kat poli. klu x yah amik exam x leh ke ha! menyampah tul rasenye...........ape nak buat dah dlm syarat masuk keje dulu kene gak sit exam nak x nak wajib dah macam hukuman mandotori la klu x kene buang keje la plak........huhuhuhu! so semalam aku blk umah mak aku kat klang, aku punggah la segala note2 lame yg aku rase ade lg aku simpan kat dlm almari yg aku tengok dah naik kuning & berhabuk la plak tu tandanye memang dah lame aku x usik note yg banyak berjase kat aku selama aku belajar dulu.......bergune gak kau ye akhirnye nasib baik aku x buang klu x naye aku. maka bermula lah hari belajar Aku sebab aku kene sit exam JKR tu bln 4 ni kene buat sorang2 sbb geng x de aku sorang je yg gi member2 lain yg dulu tu semua dah amik dulu sebelum aku.........kahkahkah! padan buke aku x leh tiru orang sbb x de geng harap2 toyol belaan aku dpt tolong aku lagi la kali ni ...............ok! toyol i trust u babeh............
Read more

Thursday, March 19, 2009

tugu kaki..........

0 comments

ha....agak2 korang tau bende pe ni? bg mereka yg kerap n selalu g sg. besar mesti perasan bile sampai kat trafic light spg 3 sg. panjang.........mesti tertanye2 pe ke bende plak tu! aku pun selalu tertanye2 ape ke bende plak tu ha.....tugu peringatan kot x pun trade mark rumah die sbg pengenalan n lambang tu adalah rumah die so senang la orang kenal, tu yg aku rase la sbb dah menjadi kebiasaan bg org kite klu ade org nak dtg rumah pastu tanye : 'umah ko kat ner aa?' senang la nak jawab : 'ala...yg ade tanda kaki tu la!' haa.........kan senang je nak cari, tp setelah aku buat siasatan pastu aku tanye org kat situ rupe2nye bukan lah tujuan tuan tanah buat tugu tu sebagai tanda umah die sebenarnye die tu nak buat promosi rawatan refleksologi.........ala yg urut kaki tu la yg selalu org cina buat tu! tul ke ha! bukan pe selalunye jarang la org kite ni yg boleh buat rawatan mcm tu tp ok gak ade la pilihan lain selain urut badan. org kate rawatan yg org ni buat bagus sangat sesuai tuk org pompuan yg ade senggugut sbb ramai yg dah cuba rawatan ni alhamdullilah setakat ni berkesan la, so aku pun bincang ngan wife aku nak cube, try, test rawatan ni memandangkan wife aku ni memang ade senggugut yg agak teruk la........ tp setiap kali nak dptkan rawatan kene call dulu buat appointment klu x die x layan sbb yg nak buat rawatan ni ramai. so aku pun try la rawatan refleksologi sebelum ni pun aku pernah gak buat urut kaki ni tp dgn die ni lain skit sbb die gune tanduk kerbau n tanduk kambing gurun yg biase tu gune tangan je. ape yg menariknye tu tkg urut ni akan buat penerangan mase die urut setiap point urat kaki tu mewakili setiap organ tubuh badan kite n die bgtau klu mase proses urutan tu ade rase sakit kat tapak kaki tu tandanye badan kite ni banyak toksid so nak buang toksid kene la buat urutan kaki ni, 1 lg tkg urut tu bgtau khusus bg kaum pompuan klu pompuan yg selalu sakit tumit n sakit pinggul (bokong) tu tandanye die x subur terutama yg gemar pakai 'high heel'. tu la antara dakwaan yg die bgtau aku. memandangkan wife aku bekerja dlam bidang kedoktoran die bgtau aku setiap ape yg dia ckp tu memang fakta kasihatan yg betul so setiap rawatan yg die buat tu bukal la merapu n merewang so memang boleh dipercayai, lg 1 bile kite masuk umah die interior decoration ala2 klasik sbb byk barang2 lame jd perhiasan umah die memnadangkan aku ni pun peminat brg2 klasik aku rase agak menarik la, so aku sarankan sesiapa yg berminat buat rawatan dipersilakan lah sememangnye dialu-alukan.
Read more