Monday, April 26, 2010

naik basikal nak pegi sekolah...

5 comments
hari ni hari pertama perlumbaan Jelajah Malaysia, berlepas kat bangunan PKNS Kuala Selangor aku pegi ngan syeh husin lempoyang & ado farez. kali ni tak macam tahun lepas tak semiah tahun lepas bajet ciput je kot crowd pun tak ramai sangat rilek je nampak gayanye. tak pe lah, aku tengok peserta pun cam tak ramai kebanyakannya dari asia je ngan team sukma negeri cume bile aku pandang diorang rasanya aku teringat masa zaman sekolah dulu-dulu masa jadi budak-budak hingusan lah plak.

al-maklumlah masa tu zaman naik basikal nak pegi mana-mana pun naik basikal je takdenye nak bawak moto ke ape ke! yang penting boleh jalan dan boleh sampai kat tempat yang nak di tuju. masa tu seronok sebab member ramai yang naik basikal. aku ingat lagi dulu rumah jauh dari pekan tg karang adalah lebih kurang dekat2 10km sekolah plak kat hujung pekan tg karang, dah la sekolah burk banyak yang tak sempurna maklumlah sekolah luar bandar pastu pentadbiran bawah jais plak tu memang kesian tp dulu student tak pernah pun nak kisah pasal tu semua yang penting boleh belajar tu je. dulu kalau nak pegi sekolah susah la gak kene kluar rumah lepas subuh paling lewat kul 6.30pg lepas subuh klu tak memang lambat la sampai sekolah pastu minah2 pengawas yang terover gile pangkat sebok je nak tulis nama nasib baik la bespren aku ade yg jadi pengawas sebab kitorang dah same2 lambat pastu yang jaga pagar tu plak makwe die kire dapat exsekius la kitorang ni. rasa seronok la plak bile teringat kan zaman tu sesambil mengayuh sempat beborak pastu bebaris panjang menjela sampai kete nak potong pun kitorang tak bagi can pastu lepas tangan plak sebab dah lenguh pegang hendel basikal klu sekarang ni baut cam tu tak tau la boleh ke nak imbang basikal tu sebab dah kekok la tp mcmmn pun zaman tu memang best.

sekarang zaman dah berubah jarang aku nampak budak sekolah naik basikal pegi sekolah yang ade semua merempit nak pegi sekolah dengan helmet x pakai belagak mcm jalan ni dia yg punya, hmmm...ape nak jadi dgn remaja sekarang patutlah ramai pelajar jadi samseng dulu ade gak budak jadi samseng tp last2 jd gak orang skrg ni ramai sgt nak jd samseng naik kucing pastu menyusahkan orang kampung mak bapak diorang gak yg malu tu pun klu tau makna malu la kan. aku ingat lagi dulu pagi sekolah ramai2 naik basikal jarang sgt aku dengar budak aksiden dengan basikal, kitorang ni semua ikut peraturan nak belok pandang kanan,pandang kiri pastu baru jalan sekarang ni tak sempat pandang terus je mencilok memang dahsiat budak sekarang ni maklumlah budak alaf baru.

klu dulu tak kira hujan ke ribut petir ke panas terik ke tu lah gak tunggangannya, peneman setia ke mana je sebab tu je transpot yg ade sampai ade yg 'cepot' pun ade la tp sekarang ni budak2 nye manja semua nya pegi sekolah mak bapak hantar sampai depan pintu pagar, alasannya takut bawak basikal sebab bahaya pastu klu yang naik motor plak diorang bgtau takut lambat sebab rumah jauh sampai kat depan sekolah pun boleh jam sebab ramai sgt mak bapak berhenti depan sekolah ha tu dah menyusahkan orang lain mcm aku ni yg opis dgn rumah jauh dah terpaksa tunggu diorang ni plak tu yg x pasal2 punch cad merah. aku rasa budak sekarang ni dah terlampau senang semua kemudahan yang ade pun nak yang lagi mudah pastu nak cepat je kejenye. bile kene marah skit je dah merajuk pastu nak lari rumah sebab tu la ramai sgt kes remaja lari rumah sebab takut mak marah. ape la nak jadi dengan budak sekarang ni..............
Read more

Friday, April 16, 2010

rumah baru pun nak berebut...

7 comments
minggu ni secara rasmi dah sahnya jkr ks telah berpindah ke opis baru diorang la lepas beberapa lama cubaan na hlau diorang tak jadi tp kali ni mnjadi gak, mak berjayalah pihak pengurusan. masa jkr tgh bz  kemas-kemas  nak pindah si kados pejal ade jump aku kat surau pdks katanya na bincang mcmmn nak renovated opis jkr tu sebab dia kata nak pnggil consultant nak buat renovation  (dlm hati aku tak kan nak panggil paksi rezeki kot nak renovated opis ni!), hi bos mentang2 la dia tu graduan kejuruteraan walaupun tak tau bab pembinaan nak buat renovat pun nak guna consultant ke! nak bagi nak member2 dia la tu agaknye. ak bagi tau tak yah pakai consultant kita guna tenaga gg je dia tu kuat bolah buat semua tu tak yah nak guna consultant, gune je ape2 yang ade abis cite nak but grand2 pun bukan ade duit pun nak buat.   

hari rabu hari tu Pn. Rahmah call aku mintak aku tgk opis jkr ngan J.B jkr nak buat survey katanya, kla setakat nak survey je nak buat ape klu dah alang2 survey bior terus buat renovated je. tp yang buat aku malas nak pegi tu apek lempang si Pn. Rahmah ramai sgt terutamanya cam biasa la kan cc k/p ngan kak remi yg lain tu cume tempelan je, semua nak tgk la katanya pastu adegak la yang berangan nak dapat opis baru mcm2 yang diorang nak buat, diorang  mcm exited gile la agak2nye diorang ni tak sabo2 nak pindah opis kot..hhmmmm biarkan la labu!

bile naik kat tingkat 3 je aku dah bgtau ni PLB dah tempah dah bgtau ka DO pun DO kata ok je, kng tak tau la plak tetiba je DO blh tukar pikiran al-maklumlah ah-pek lempang DO kan ramai paham2 je la. tp ape2 pun aku ade dengar yang bhg kewangan nak kumpulkan semua kerani kewangan dibawah satu bumbung dngor cite nak ambik kat PLB ni dan satu lagi bhg teknikal tanah nak ditempatkan kat opis jkr tingkat 3 pastu opis teknikal nak bg kat pengutkuasa la plak, abis tu PLB nak duduk kat mana! kat penguatkuasa ke! tak pikir ke bilik tu kecik mana cukup nak letak gg sorang abis tu yg lain ni nk campak kat ne ke laut! mcmmn pun klu dah macam t kite semua ni tak payah pindah bio diorang buat sendiri so keje2 renovated bior la diorang buat sendiri pandai2 la korang ye.

tak tau la mcmmn nak cakap, diorang ni pantang je dap cite2 yang mcm ni ade je hal yang diorang nak buat semua demi kepentingan diorang je, tak pernah pikir orang lain cuba la bawak berbincang dulu tak payah la nak buat andaian mcm tu klu betul la jadi mcm yang dirancangkan memang la diorang ni hipokrit bg diorang ape yang penting diorang puas.......... 

    
Read more

Tuesday, April 13, 2010

cinta kau dan aku.....

9 comments
sebuah novel yang mengisahkan ketabahan seorang wanita yang telah menempuh pelbagai cabaran hidup, berkahwin pada usia yang cukup muda dan ditinggalkan suami di kala usia perkahwinannya belum pun menjangkau setahun akibat satu fitnah segala kebahagiaannya musnah. "kisah kau dan aku" menceritakan kisah seorang gadis bernama nur farisya iman yang berwatakan seperti lelaki @ 'tomboy' tetapi terserlah keanggunan dan kecantikannya dan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran agama, setiap peringatan dan pesan ibunya tetap dipegang dan dipatuhi. bercita-cita ingin memandu kereta mewah sehinggakan dia sanggup memohon jawatan pemandu di syarikat tempat sahabat baiknya bekerja, satu insiden yang tidak disengajakan telah membuatkan dia dilantik menjadi pemandu kepada seorang C.E.O syarikat itu yang sebenarnya telah tertarik dan trjatuh cinta pada kecantikan farisya walaupun dia berimej sedemikian.
pelbagai coretan yang berlaku di sepanjang farisya menjadi pemandu peribadi kepada Farish Hakimi dan dalam diam farish hakimi mula menyintai gadis ini setelah sekian lama hatinya tertutup untuk menerima sebarang wanita selepas peristiwa dia ditinggalkan tunangnya semasa majlis pernikahannya dulu. sebenarnya, sejak mula farisya bekerja disyarikatnya farish hakimi tidak pernah menganggapnya sebagai seorang pemandu tetapi lebih daripada pembantu peribadi yang akan menemaninya ke mana saja. bermulalah episod kisah kehidupan sepanjang farisya menjadi pemandu kepada bosnya yang mana dalam diam farish hakimi telah menaruh hati pada tanpa disedari langsung oleh farisya sendiri. 

segala-galanya berubah apabila ibu farisya, mak timah meminta dirinya mengahwini farish hakimi setelah farish hakim bersetuju untuk menanggung segala kos pembedahan jantung ibunya dan sebagai membalas budi farish hakimi yang telah menyelamatkan nyawanya. dengan berat hati farisya memenuhi permintaan ibunya kerana kasih dan sayang dituruti jua permintaan ibunya, bagai orang mengantuk disorongkan bantal seperti mak timah mengerti akan hajatnya itu, disabutnya berita itu dengan penuh gembira dan akhirnya gadis yang menjadi idamannya akan menjadi miliknya untuk selama-lamanya. 

maka, bersatu lah farish hakimi dan farisya dengan satu ikatan yang sah sebagai suami isteri dan berbahagia lah mereka. di awal perkahwinan, mereka amat bahagia farish hakimi terlalu mencintai isterinya begitu juga farisya kerana dalam hatinya kini hanya ada farish hakimi lelaki yang pertama dicintainya walaupun perasaan itu lahir setelah berkahwin. berita perkahwinan farish hakimi telah disambut penuh gembira oleh keluarga farish hakimi kerana keluarganya tiada semasa majlis pernikahan mereka keran menetap di London. tetapi bukan semua orang gembira dengan berita ini terutama farah adik iparnya dan suraya bekas tunang suaminya.

bermulalah kisah duka farisya kerana dendam, farah membenci farisya dan akan dicubanya untuk menyingkirkan farisya dari hidup farish hakimi dan ingin menyambung kembali perhubungan abangnya dengan suraya. berbagai helah dan cara mereka gunakan untuk menyingkirkan farisya tetapi tidak juga berjaya kerana kasihnya yang amat mendalam farish hakimi pada isterinya segala perancangan mereka tidak menjadi, sehingga pada suatu hari farah dan suraya nekd menabur fitnah yang mengatakan farisya telah berlaku curang pada farish hakimi dan dia sendiri melihat isterinya tidur disebelah zack kapcai sahabatnya sendiri. tanpa mendengar sebarang penjelasan dari isterinya lalu dia meceraikan farisya yang sebenarnya telah di fitnah oleh adiknya sendiri, farah sebnarnya telah mengupah pembantu zack di gerai burger untuk mencampurkan ubat tidur ke dalam minuman zack dan farisya

setiap pujuk rayu isterinya tidak diendahkan malah dihina isteri kesayangannya itu dan ditinggalkan begitu sahaja baginya semua itu tidak bermkna lagi kerana hatinya telah dilukai dan tidak mungkin berpatah semula. maka terkapai-kapai lah farisya ditinggalkan suami tercinta lebih pilu benih yang dikandungna gugur sebelum sempat menjengah dunia makin rintih la hati farisya. selepas kejadian itu farisya bertekat yang dia tidak akan menangis lagi, pintu hatinya telah tertutup rapat bagi mana-mana lelaki mahupun bekas suaminya ingin kembali padanya kerana dia sedar yang dia harus berpijak di bumi yang nyata.............. 


Read more

Monday, April 12, 2010

ADO baru dah sampai la...

3 comments
hari khamis lepas ade 2 ADO baru masuk sorang kat PLB sorang kat tanah ganti tempat akhbal kat penguatkuasa. lepas lapor diri kat the big bos dia kene masuk opening meeting iso the big bos suruh so sempat la big bos perkenalkan ADO baru ni.

aku sempat pandang kat tok din beliau hanya tersenyum kambing sebab dia mengerti akan maksud ku itu, tapi mcmmana pun tok din tak kisah yang penting keje buat lagi satu dia kata selamat sikit klu x makin lama la sahabat kita tu merajuk sampai sekarang x nak jejak PLB sekali-sekala je tu klu ade hal penting klu tidak harapkan TPK je yang datang opis.

nasib baik la sahabat tu tak serah jawatan kat tok din klu x naye je balik jadi tok biasa dan tok din merangkap tok kanan pastu tak pasal2 plak tok din kene serah balik jawatan kanan kat dia. tok din bgtau tak kan la dah serah jawatan nak mintak balik tu namanya x bersyukur tu buruk siku dan tangan la ikutkan hati tak hingin nak lepaskan orang dah bagi kira rezeki lakan! betul tu tok din sebelum buat ape2 keputusan kene la mikir dulu baik buruknya.

nasib baik la keje menanggung ADO tu tok din cume dapat sebulan je kire rase la elaun menanggung tu walaupun sekejap tok din x kisah yang penting keje jalan katanya, betul tu tok saya sokong x payah la nak sakit hati nak berebut jawatan, tu pun belum tentu brape lama tengok sekarang sebulan je dapat rasa menanggung x balik modal klu sahabat tu yang dapat kan ke malu berebut bagai nak gila tapi kejap je.

apa2 pun selamat bertugas pada ADO baru, moga rasa lah penangan bersahabat dengan tok2 yang banyak kerenah dan pe'el ni dan moga ditahankan mentel dia dak mengharungi gelora cabaran di luar sana. ape2 pun aku nampak gayanya kene la kluar dari bilik ni sebab memang dari mula pun diorang dah bgtau bilik ni tuk sementara bila ade pegawai baru datang kene la kluar, ape nak buat aku terima segala suratan tak kisah pun yang penting keje jalan walaupun lepas ni aku jadi gelandangan di opis sendiri..... 
Read more

Friday, April 9, 2010

odit menyerang semula....

2 comments
balik dari kursus induksi hari tu, ingatkan mksp dah buat la rupanya x buat lagi penat aku siapkn dokumen sblm aku blepas ke KLIA, sempat aku bgtau cc " cc yang semua dokumen dah siap, tlg semak pastu boleh buat mksp" bile masuk ofis je aku dpt berita mksp x buat lg la...adoiiii! cc pent nak uruska semua sekali, apakan daya dah dikebertanggungjawaban padaku maka tepaksa rela lah aku dibuatnya. maka mksp baru buat hr selasa hr tu minit but hr rabu hui....ni la sjarah buat minit mnggunakan kelajuan cahaya. 1/2 har siap org lain biasanya 2 har baru siap ni kan ucapan aluan do dah sampai sejam tp minit aku gune taktik short hand. janji aku & bos paham abis cite heheheh....

nasib baik la odit kali ni best x mcm si mat jack-pot dulu klu dia lg memang kene cepot la jwabnye.... kali ni pn. mariam memang steady la x kisah klu salah pun dia betulkan dgn cara yg betul dan x menyakitkan senang cite beb serupa dgn en. zul kerajaan langit la.....salam en. zul dtg ofis jap sbb nak sain l.o yg dulu, menurut beliau pn. mariam ni ok senang je x byk kerenah cume dia ni teliti orgnye. lagi satu dia ni bukan org teknikal so dia tak pegi site duduk ofis je....so nampaknye tahun ni ISO diteruskan la ye...

memang tepat seperti kenyataan en.zul kerajaan langit tu, oditor ni ok senang nak jaga kalau salah pun dia tak marah cume dia tegur je pastu dia ni banyak cerita makin kita cerita makin dia syok layan.... sampai lupe nak buat keje. setakat ni syukur tiada sebarang masalah yang timbul cume tang projek ni payah skit nak tegur dah byk kali dah aku bgtau kat diorang semak fail semak dokumen termasuk borang siasatan mcm yg mat jack-pot bising tahun lepas diorang kata dah semak semuanye ok x de masalah rupanya tadi odit cek memang tak buat dan isi borang siasatan permohonan tu dgn surat makluman pelanggan pun tak dibuatnye.... jadi nak x nak kene gak aku menyerah yang memang kitaorang tak buat tp yg bestnye dia sempat gak bg nasihat pembetulan cam ner nak elakkan perkara ni dari berlaku.... hmmmm! bagus gak idea tu cume klu boleh aku malas nak isi ape2 borang pun sebolehnye x payah langsung senang cite.

jap lagi closing meeting x tau la  berapa banyak NCR yg diserah kat kitorang rasanye memang ade tp tak tau la brape.... klu disambung lagi makanya menanggung lagi la beban aku tp tak pe pas ni beban tu aku bg kat bos baru bior dia plak yang tanggung pening cam aku & bos aku yg lama. bak kata brother klu dapat sampung pun yg dapat jabatan & the big bos gak yg glamour ape lah salahnye diorang bg kami ni reward ke prgi melancong ke@ melencong ke...baru la semangat nak buat keje ni tak yang kene menanggung sakit jiwa kitorang tp big bos tau selesai then dapat sijil tu....letih la...............




Read more

Monday, April 5, 2010

kursus induksi...

2 comments
gambar peserta kursus.......

kursus induksi hari tu kat hotel concord inn klia, huyoo best hari2 tgk kapal terbang tp aku tak terbang2 kat situ je 2 minggu, rasa malas je masa mule2 nak pegi sebab kene bangun subuh2 maklumlah kalau dulu pendaftaran sehari sebelum kursus, ni hari kursus pagi plak tu dah terpaksa la aku drive pukul 5 subuh. ape nak buat kene sampai sana sebelum kul 8 macam dalam surat tu.

pilihanraya melantik penghulu kursus

ni kali kedua aku kene kursus induksi dulu 1st time masa jadi teknisen skrang ni nak jadi ast. engineer kene la gak pegi walaupun malas sebenarnya. tapi kire ok la duduk hotel 2 minggu makan free sape tak nak kan...  kali ni aku kursus tak berapa ramai mcm time aku kursus yang dulu, masa tu ade seratus lebih duduk kat ikelas morib lagi biol tak boleh kluar langsung, kali ni ade 64 peserta dan yang paling best nya 1/2 dari tu adalah senior citizen la plak dah nak pencen la baru dapat KPSL. tu yang x best tu tak ramai anak dara, ade yang ala2 anak dara pun dah ade anak 1@2 tp mcm anak dara sekali tengok pun x caya la. yang peserta lelaki cam biasa la semuanya ok gile2 boleh bawak ke tengah! bile dah ramai otai2 kat dalam kursus ni maka menjadi kebanggaan mereka sampai setiap penceramah yang bagi syarahan semua pening kpala sebab byk sangat soalan dan byk sgt yang diorang tak setuju dengan penceramah punya nota, al-maklumlah otai2 dah biasa dgn G.O termasuk la dgn cc azhar psm setiap keterangan cc dibangkang katanya tak sama dengan ape yang diamalkan. jawapan cc berdasarkan G.O pun diorang tak puas hati. hei... nak ku tampo je mulut makcik2 ni  tak reti bahasa ke ha....
dalam kursus tu aku ade satu kumpulan yang diberi judul Kumpulan senyum...kumpulan yang diketuai oleh S.u MDSB seorang yang berjiwa ganas walaupun seorang pegawai tp dianggap kitorang semua mcm member2 je memang best, dlm 4 grup yg ade grup kitorang ni rata2 lingkungan 20an -30 an nasib baik takde yang season nak pencen senang bekerja bile ade perbincangan senang je nak seatlekan just bincang siap tak payah nak pening-pening.
           ahli kumpulan senyum

tempoh 2 minggu tak balik rumah rasanya bosan rindu kat isteri pun ade, ikutkan peraturan memang tak boleh balik @ kluar tp bile kitorang lepak2 dgn urusetia diorang kata pandai2 la jgn sampai pegawai tau sudah. kira dah dapat green light la nampaknya pastu apa lagi setiap petang aku kluar dgn S.U MDSB dgn sorang budak PSM. dah tak bleh tahan nak makan kat hotel dah tak lalu la nak makan nasi kandar hari2 dgn lauk yang sama je tp yang best tu kitorang telepas gak gi bagan lalang makan ikan bakar tu yang paling syok tu, kalau dulu masa induksi yang 1st tak dapat langsung nak rasa semua ni kene penjara rasanya.

macammana pun aku rasa induksi ni yang paling happening member2 semua gile2 sekepala walaupun ade gak la yang kaki sebuk macam mak nenek tp overall ok, satu lagi ade satu malam kitorang buat suprise party kebetulan sambut birthday sape2 yang kene tarikh sepanjang kursus dan sepanjang bulan mac. rasanya enjoy la gak walaupun terasa rindu la kat isteri kat rumah tu setidak-tidak pun masih lagi terasa sayang kat isteri aku yang tercinta........ 
                                                                                  semasa aktivi dalam kelas...permainan botol tp ganti  cawan


Read more