Monday, April 5, 2010

kursus induksi...

2 comments
gambar peserta kursus.......

kursus induksi hari tu kat hotel concord inn klia, huyoo best hari2 tgk kapal terbang tp aku tak terbang2 kat situ je 2 minggu, rasa malas je masa mule2 nak pegi sebab kene bangun subuh2 maklumlah kalau dulu pendaftaran sehari sebelum kursus, ni hari kursus pagi plak tu dah terpaksa la aku drive pukul 5 subuh. ape nak buat kene sampai sana sebelum kul 8 macam dalam surat tu.

pilihanraya melantik penghulu kursus

ni kali kedua aku kene kursus induksi dulu 1st time masa jadi teknisen skrang ni nak jadi ast. engineer kene la gak pegi walaupun malas sebenarnya. tapi kire ok la duduk hotel 2 minggu makan free sape tak nak kan...  kali ni aku kursus tak berapa ramai mcm time aku kursus yang dulu, masa tu ade seratus lebih duduk kat ikelas morib lagi biol tak boleh kluar langsung, kali ni ade 64 peserta dan yang paling best nya 1/2 dari tu adalah senior citizen la plak dah nak pencen la baru dapat KPSL. tu yang x best tu tak ramai anak dara, ade yang ala2 anak dara pun dah ade anak 1@2 tp mcm anak dara sekali tengok pun x caya la. yang peserta lelaki cam biasa la semuanya ok gile2 boleh bawak ke tengah! bile dah ramai otai2 kat dalam kursus ni maka menjadi kebanggaan mereka sampai setiap penceramah yang bagi syarahan semua pening kpala sebab byk sangat soalan dan byk sgt yang diorang tak setuju dengan penceramah punya nota, al-maklumlah otai2 dah biasa dgn G.O termasuk la dgn cc azhar psm setiap keterangan cc dibangkang katanya tak sama dengan ape yang diamalkan. jawapan cc berdasarkan G.O pun diorang tak puas hati. hei... nak ku tampo je mulut makcik2 ni  tak reti bahasa ke ha....
dalam kursus tu aku ade satu kumpulan yang diberi judul Kumpulan senyum...kumpulan yang diketuai oleh S.u MDSB seorang yang berjiwa ganas walaupun seorang pegawai tp dianggap kitorang semua mcm member2 je memang best, dlm 4 grup yg ade grup kitorang ni rata2 lingkungan 20an -30 an nasib baik takde yang season nak pencen senang bekerja bile ade perbincangan senang je nak seatlekan just bincang siap tak payah nak pening-pening.
           ahli kumpulan senyum

tempoh 2 minggu tak balik rumah rasanya bosan rindu kat isteri pun ade, ikutkan peraturan memang tak boleh balik @ kluar tp bile kitorang lepak2 dgn urusetia diorang kata pandai2 la jgn sampai pegawai tau sudah. kira dah dapat green light la nampaknya pastu apa lagi setiap petang aku kluar dgn S.U MDSB dgn sorang budak PSM. dah tak bleh tahan nak makan kat hotel dah tak lalu la nak makan nasi kandar hari2 dgn lauk yang sama je tp yang best tu kitorang telepas gak gi bagan lalang makan ikan bakar tu yang paling syok tu, kalau dulu masa induksi yang 1st tak dapat langsung nak rasa semua ni kene penjara rasanya.

macammana pun aku rasa induksi ni yang paling happening member2 semua gile2 sekepala walaupun ade gak la yang kaki sebuk macam mak nenek tp overall ok, satu lagi ade satu malam kitorang buat suprise party kebetulan sambut birthday sape2 yang kene tarikh sepanjang kursus dan sepanjang bulan mac. rasanya enjoy la gak walaupun terasa rindu la kat isteri kat rumah tu setidak-tidak pun masih lagi terasa sayang kat isteri aku yang tercinta........ 
                                                                                  semasa aktivi dalam kelas...permainan botol tp ganti  cawan


Read more