Featured

About the Blog

Tuesday, April 12, 2011

Langkawi dan Keju?

1 comments
post imageapa dia kat langkawi ni ada oghang buat keju ka? buat- buat terkejut plak! tu la dia reaksi sesetengah penduduk langkawi yang terkejut ade orang buat keju kat pulau lagenda, tp bile aku bgtau ala yg masuk tv3 tu!  baru lah diorang ingat memang ada pun cuma diorang tak sedar sememangnya ade pengusaha keju kat pulau tu yang diberi nama Friendly farm.
post image
ramai orang tak tau sebab lokasi ladang tu agak terpencil ade la dlm 30 km, kalau sekali pegi dah macam nak masuk kampung kat ulu2 perak@terengganu sbb jalan nak pegi sane tu kecik je ngam2 tuk kete la, kalau bertembung jenuh la yg sorang tu teleng kepala kene riverst. kat situ ade 2 tempat 1 kat buffulo park, tu jabatan haiwan yang buat sebab ade ternak kerbau  khas tuk buat keju boleh la rasa cheese mozarella yg enak hasil anak tempatan dan juga keenakan sticke daging kerbau yg fresh.

post imagelagi 1 nama dia friendly farm yang mat saleh italy buat dan dah masuk tv3. yg bestnye kat situ sampai je kitorang disambut oleh kambing bersaiz besar dan jinak kat depan pintu, tp sayang mat saleh tu tak de sbb dah bukak cawangan kat k.l so klu ade tempahan dia punye staff yg buat. kat situ dia ade buat mozarella dr kerbau harga dia rm 100/kg, mozarella lembu rm 30/kg ade gak cheese dr susu kambing tp dia punye bau busuk ya amat sekali rase amis mcm kambing, aku rasa skit memang susah nak telan la, 1 lg ade cheese ricota ape tu cheese ade campuran buah-buahan dan kismis. yang tu kene oder sehari sebelum baru dioang buat.

mcmner pun kire berbalai la trip aku kali ni sbb dah lama dah tau cume skrg ni jumpe, walaupun jauh terperuk kat tengah2 langkawi lepas puas pusing satu pulau baru jumpa, kir puas hati sgt2 sebab aku dah tengok sendiri tempatnye kat ne........
Read more

Tuesday, January 11, 2011

busy sangat la....

3 comments
Go to fullsize imageshut-up not shut-up (ayat fbi masa AJL 25) rupa2nye dah lebih 2 bulan aku x jengok langsung blog ini, rasanye kali terakhir masa lepas raya puasa...hhmmm lama tu pas raya puasa masuk raya korban, masa tu aku tengah bz mengorbankan diri pasal repair opis PDKS ni. masa tu la tuan d' big boss man mengeluarkan fatwa yang membuatkan aku kene paksa jaga projek ni, walhal keje2 ni JKR yang kluarkan sebutharga dan sepatutnya diorang la yang kene pantau keje repair ni.

disebabkan segala urusan pengubahsuaian pejabat ni aku yang handle secara kseluruhannya, so secara gear otomatisnya aku la yg dipertanggungjawabkan atas segala permasalahan yg telah ditimbulkan oleh segala pegawai2 yg mengaku pegawai dan diorang ni tau nak tunjuk jari telunjuk kat aku je, bila salah skit aku yg kene padahal diorang yg design ruang masing sampai aku pun naik pusing....so sweat kan!

Go to fullsize image tang ict tu 1 hal gak, before kerje2 ni start aku dah bgtau kat si pijah tu yang network internet x masuk dlm skop, pastu dia bgtau yg keje internet ict s.alam yg akan buat so x yah la aku na bz2 nak masuk hal dlm keje2 internet ni. tp yg sakit hati ku ini seluruh pegawai (yg ngaku pegawai) cari aku bile ade masaelah mende internet ni dan yg sebenarnya bukan aku yg handle, bile tanye ict katanye s. alam tgh buat....tah ape yg dia buat, buat bodoh je kot lembab gile setelkan segala mende ni. hati pun sakit la.

tp mcm ner pun segala kerja dah disiapkan mengikut kepuasan masing2 walaupun org2 plb dah berkorban atas segalanya, cuma yg tersangatlah sedihnye x de siapa pun yg nak berterima kasih kat kitorang....bayangkanlah betapa sadisnye kitorang diperlakukan sedemikian ini........dimanakah keadilan?walaupun ade parti keadilan yg susah nak jadi pengadil.........susahke! 
Read more

Wednesday, October 13, 2010

selamat kembali.....

1 comments
dah lama aku tak update blog ni.... memang dah niat masuk bulan ramadan aku pun berehat lah plak, ingatkan sebulan je rupenye lama gak aku tak jejakkan hasil penulisan dalam blog aku ni, nak baca blog kengkawan lain pun aku tak buat mesti banyak entry2 baru yang best & menarik kan.

sepanjang raya aku memang bz skit 2 minggu pertama aku kene hadiri byk undangan makan2, biasalah klu dah namanya bulan syawal memang penuh dgn nikmat makanan. dan 2 minggu ni la aku kene beraya ke rumah sedara2, sedulur2 dan kulaan terdekat 2 pun family aku & family mentua aku yang ajak, ikutkan aku dah malas nak bejalan-jalan letih la badan bile weekend je x dpt nak rehat, tp ape nak buat dah aku ni ditugaskan menjadi pak supirnya diorang semua so nak jd anak yg baik kene lah ikut.

2 minggu akhir baru lah aku dapat berusaha menunaikan puasa sunat 6 hari syawal, alhamdulillah termakbul gak niat aku sebelum habis syawal aku dapat selesaikan ibadah puasa 6 ni. sepanjang bulan puasa berat badan aku dapat turun dekat 10 kg tp bile msuk 1st syawal bedabel2 plak naik berat badan, ni semua bahana kenikmatan makan sepanjang bulan syawal. syukur allah masih limpahkan rahmat pada bumi kita yang kaya dengan kenikmatan.  buktinya sampai dah abis bulan syawal masih ade jemputan meraikan syawal yang aku terima.


Read more

Monday, July 12, 2010

surat untuk kekasih...dari Tijah

7 comments
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan ‘boypren’ omputihnya… dia tak sanggup bertemu muka, lalu dia pun mengutus surat… surat tu macam ni bunyinya….


to my love!!!

“hi, my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know I clap one hand only.

Correctly I have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!.

My friend speak you play three wood. Now I know you correct correct play three wood. So , I break off to pull my body from this love triangle.

I know this result I pick is very correct , because you love she very high from me. So, I break off to go far from here. But I always love where I also live…safe live…

from
 
tijah...
 
agak2nye la si omputih tu boleh ke paham ape yang si tijah ni tulis... emmm...myuskil aku!!!
Read more

Monday, July 5, 2010

syahadah gadis ateis...

8 comments
sebuah novel yang amat menarik untuk dibaca, perdebatan seorang gadis yang hampir2 tersasar imannya yang tidak dapat bimbingan kerohanian dan sentiasa menyalahkan takdir atas segala musibah yang melanda sehingga dia tidak mempercayai kewujudan tuhan.

Rini seorang aties telah berkenalan dgn nizam secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan ke utara dgn menaiki keretapi. nizam seorang pelajar di ipt tempatan berpenampilan selekeh yang berjiwa rock kental tetapi penuh dgn ilmu kerohanian di dada.

dan bermulalah perdebatan berkenaan agama, kerohanian, hukum-hakam dan perbandingan agama di dunia ini. setiap persoalan yang diutarakan dapat nizam selesaikan berpandukan kitab suci al-quran dan hadis2 nabi yang memberikan sebab kuat keagungan agama islam dan kewujudan allah s.w.t

perbandingan antara agama bagi aku yang paling menarik kerana kupasan secara detail telah diberikan sehingga sejarah kewujudan agama seperti kristian, amalan agama yahudi, agama bangsa rom&amp,greek, buddha, hindu dan agama yang lain. penerangan berkenaan hukum hudud yang dianggap barat sebagai mencabul hak asasi manusia juga dapat dikupas secara terperinci sebab musabab hukum itu diwujudkan allah serta hikmah disebalik pelaksanaannya.     

bagi aku novel ni memberi banyak ilmu berkaitan ilmu fekah yang selama ini aku hanya sekadar tahu je, tapi bile baca novel ni aku sedar ilmu pengetahun yang ada kat aku rupanya terlalu sikit. kalau lah ade seorang yang anti-islam berhujah setidak2nya boleh la aku cuba patahkan hujah diorang tu. bagi aku novel ni wajib dibeli oleh seorang islam sebab terlalu banyak ilmu yang terkandung dalam kisah novel ni.
Read more

Thursday, June 24, 2010

Pabila yang kiri menongkah yang kanan!...

3 comments
Umum tahu siapa yang kanan di PLB PDKS dan umum juga tidak tahu siapa menanggung yang kiri...hanya orang berkenaan aje yang tahu, tapi yang kanan tu tak pasti la pulak samada dia sedar atau tidak ada yang berjawatan kiri.

apa yang pasti yang kanan tu dah sampai ke penghujung perkhidmatan kanannya kerana belum lulus 'exam PTK' yang menjadi syarat sah jawatan bukan syarat soh solat ye anak2 sekelian...ingat tau pesan ni. dan sehingga ke hari ini umum tahu bagaimana perihal si kanan. akan tetapi perihal yang kiri ni pulak sejak seminggu yang lalu, lain benar bunyinya percakapannya seperti ingin merampas kuasa dari yang kanan, ni semua gara2 si kiri mendapat berita gumbira sebab dah lulus 'exam PTK' pangkat 3 (dah macam exam spm main pangkat2) terus dikhabarkan ke sekelian PLB yang dia dah lulus PTK dan aku sengaja mengambil kesempatan merentungkan si kiri 'selama ni tok asik jadi tok kiri je, skrg ni la masanya gantikan yang kanan pulak!' dengan perasaan  yang penuh bungah (cakap jawa) si kiri bersetuju dgn percakapan aku itu dan disokong pulak oleh tok kiri 2 (tok D)

dengan penuh kebungahan si kiri ni terus menemui tok D untuk bertanyakan hal LNPT dan sempat gak Tok D memerli beliau 'ha! tu la dulu orang suruh isi tak nak isi skrg ni bila dah lulus baru sibuk nak tanya kengkawan', dan atas dasar semangat kengkawan dengan senang hati tok D pun memberilah sedikit pertolongan cemas pada tok kiri 1 itu. sambil itu tok D sempat pun menumpang senang atas kejayaan tok kiri 1 itu dan itulah semangat persahabatan yng telah beliau tunjukkan serta dengan sinis beliau membuat pernyataan 'ape2 pun kengkawan kita gak tu bukan org lain!' fuh...dalam sungguh maksudnya.  

dalam waktu yng sama kami semua terfikir apa lah perihal si kanan, bagaimanakah riaksinya? adakah beliau telah bersedia untk menerima kenyataan ini sekiranya perkara berkenaan betul2 berlaku? adaah beliau akan terus menyepikan dirinya seperti sekarang!, entah la sama2 lah kita saksikan kesudahan kisah drama swasta tersebut (mcm drama kat tv1 dulu). 

kalau sebelum ni dia berkonfrantasi dgn tok kiri 2 hanya kerna tidak dapat menanggung kerja ADO hingga merajuk dengan sekelian orang termasuk CADO sendiri menjadi mangsa dan dia sepatutnya dia sedar dimana kedudukan dirinya sewaktu itu walhal beliau sendiri yang telah membuat penempatan tok2 sekelian tanpa persetujuan CADO dan Cado telah menaikkan anginya atas tindakan beliau itu, akhirnya beliau telah terlepas peluang keemasan berkenaan. 

dan kini tok kiri @ tok bulat bakal menongkah yang kanan, adakah ini bakal berlaku? mmm...sama-sama lah kita saksikan. sekiranya ini maka sekalung tahniah buat tok bulat. beginilah nasib bagi mereka yang terlalu taksub dengan gelaran kanan walaupun ianya hanya pada nama sahaja. yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Read more

Wednesday, May 19, 2010

aku kene langgar...adoi!

6 comments
pagi semalam aku bz sikit sebab kene siapkan report score card admin dah bising mintak report tu, pastu aku keluar medang ngan x-bos dah lama gak kitorang x kluar medang sesame maklumlah bos dah jd bos besar. lepas medang aku balik ofis mase ampi kat depan pagar ofis aku dah berenti nak masuk sebab kat jln sebelah ade kete lalu pastu tetibe je kete bini aku tu ade org sondol dr belakang, tekejut aku ingatkan bende ape dah jadi kat aku rupanya kete kene langgar bile aku tgk yg langgar tu pompuan. aku sound dia 'ape hal ni kak langgar org!' boleh plak dia jawab aku lambat bg signal padahal aku dah berenti nak masuk PDKS siap bg signal kanan lg tu. yg paling best tu dia x brek pun main langgar je x sempat nak elak.

bile tgk kat keadaan kete perasaan sedih terus menimpa, aku bermonolog 'ni klu bini aku nampak ni mesti menangis, dulu masa adik dia selisih dgn lori pun dah menangis tp ni lg teruk!' aku cube slow talk ngan kakak tu dia bgtau yg dia akan tanggung kos repair. dari kerosakan tu memang teruk la aku target repair pun dlm RM 2k sebab bonet ngan bumper kene ganti baru memang x leh pakai pasti lampu belakang belah kiri ade crack skit temasuk body belakang kene ketuk kire byk gak la yg nak kene buat. ape2 pun aku dah report polis sebab bile aku call dia bgtau yg kos dia dekat2 RM 2k dia terkejut, dia kate tu sikit je ketuk pun boleh x sampai RM 500 tp klu dah cam tu dia nak report polis pastu claim insuran. tp yg buat aku angin tu dia kata aku ni nak ambik kesempatan plak padahal dia yg langgar pastu x ngaku salah siap kata aku bg signal lambat padahal lama aku berenti siap dgn signal siap bgtau yg laki dia polis, ape dia ingat aku takut yg polis tu laki dia bukan dia ko tu langgar bontot kire mcmne pun salah la.

mlm td aku call bini dia x de kene pegi kursus 3 hari, aku bgtau kete kene sondol dr belakang so aku cite la semuanye ape yg terjadi terkejut la dia bile dpt tau bile aku bgtau yg repair claim guna insuran kakak tu dia aku je sebab kite x kluar modal tp bile dia balik hr ni tgk je kete aku rasa menangis kot sebab kete tu tinggal 2/3 bulan je nak abis bayar tu yg dia rasa terkilan terasa mcm cc plak. cc tu kete br abis bayar sebulan terus kene sondol dr belakang tp lg teruk diisytihar 'total lost' agaknye kene badi cc kot...

  
Read more