Wednesday, May 20, 2009

induksi paling bosan...

0 comments
hari pertama...18/5/09



bahagian KP-pn has & pn mah(8.30-10.30)



sesi pembukaan yang sememangnye boring.... pn has a.k.a kak bus bg ceramah sumber manusia & latihan tp yang byk aku dengar yg merapu2 je la x byk input yg positif aku dpt yg paling menarik pn mah bg ceramah seperti mana bosnye membaca setiap yg ade kat layar putih so ramai la yg tido sbb boring...maka aku pun kluar la masukm opis sbb x lalu nak dengor....



bahagian tanah- chief S.O (11.00-1.00)

time sesi ni best sbb cut short je taklimatnye biasela chief simple je dah siap 1/2 jam je mengalahkan express senandung semalam...tu pun sebab D.O panggil hehehe walaupun kejap je tapi ade gak la input yg aku dpt pasal bhg tanah cume secara random je...



lunch hour....makanan disediakan tp cam biase je la menu dr restoran suai rasa dlm menu tu yg paling glamour adalah sayur kobis tumis alamak klu air tgn mokhtar memang terkenal dgn menu tu.....boring dah mcm muka kobis.



sesi ptg Bhg. tanah si akbal

dia x masuk sebab katenye ade meeting dgn D.O bagus gak tu x yah la nak dengor celoteh disusuli dgn ayat2 pembuktian kang x pasal2 kene buat akuan sumpah tp yang x best nye plak kak bus la plak memandai je buat game teka gambar muka para peserta alamak bosannye.... kire diorang terpersona gak dgn hasil nurkilan budak2 PDKS ni....hmhhmhm



hari kedua...

unit pendaftaran.... kang majlan

blum ape2 dah bgtau LCD projector rosak mentol meletop.... alamak si kak som ni memang spoil tul la dah satu hal dengor taklimat tanpa ade grafik memang membosankan la ditambah rasa mengantuk plak tu...nasib baik la kejap je x sampai pun sejam....untung gak x lame duk alm bilik gerakn.



sesi kedua...Chief S.O

teknikal & penguatkuasa

sesi ni rase cerah skit tp pening sebab chip asik bukak KTN je dah la ayat dlm buku tu semua ayat loyar je buat aku pening je klu bg kat bos kecik aku memang dia teror la dah memang bidang dia...tp klu ct lagi la terus muntah pastu mesti org tanye dah brape bulan? camner pun chip kene tau sbb nak buat oprasi kene la tau law...



lunch hour....x yah cite la asik menu utama dia je la.....menyampah I!



sesi ketiga...Bos kecik (PLB)

sesi yg ditunggu2 sebab bos ni pandai bercerita cam cite haiwan teladan kat tv9 dihatiku! (tag linenye) walaupun x de LCD x jadi masalah sebab bos aku ni dgn jayanye berjaya menghabiskan taklimat dalam masa 5 minit je satu rekod yg blum ade sepe2 yg mampu pecahkan walaupun D.O. cume si Yap Ah Loy tu yg tersangat la rajin membuat pertanyaan dan cara pertanyaan membuatkan aku teringat mase belajar dulu2 'encik! ade soalan? ape itu catwalk?' maka bos pun dgn selamba dek je jwp 'catwalk tu adalah kucing berjalan u tau apa itu kucing berjalan' dan dia pun kata 'O! cam tu' tu lah antara soalan yg di tanye walaupun dia seorang yg aktif bertanye! cam ner pun kire berjaya gak tu bos...

last day (hari merdeka)
Pembangunan tanah (en.najib)

ni pun best gak dengan sepantas kilat dia habiskan ceramah selama 7 minit sebab awal2 lagi dia dah inform kul 10 ade meeting so dia kene prepare tuk meeting tu so x lah nak bg ceramah panjang2 cukup sbg asas je, walaupun ringkas tp padat dgn aksi2 penerangan pasal prosedur pembangunan tanah dgn semestinye ade la yg rajin tanye cam si sikin & yap ah loy tu... katenye nak menambahkan info la....

Unit Hasil (cc razak)

walaupun beliau nampak bersemangat je tp masa pembentangan boring gak bile dia baca nota cam dia ni x paham ape yg dia buat cume buat penerangan lebih kurang je, cume dia ade la cite pasal staf dia buat kutipan hasil kene kejar dgn anjing cite tu agak menarik yg lain2 tu semua moderate je......

maka berakhir la kursus induksi yg mana cume nak cukupkan syarat je sebenarnye x de motif lain dan berakhirnye kursus tanpa sebarang majlis penutup dr bhg K.P x pe la yg penting dah selesai kursus........
Read more

Tuesday, May 12, 2009

hari ini dalam sejarah...13 mei 1969.

3 comments
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 satu sejarah hitam dalam diari sebuah negara yang bernama Malaysia iaitu rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


UMNO khususnya orang-orang melayu telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana pada masa itu orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh dan menjadi salah satu punca sentimen perkauman semakin meluap-luap dalam sanubari orang-orang melayu sehingga membawa perasaan benci terhadap kaum cina.

Oleh yang sedemikian kepada saudara ku sekelian beringatlah peliharalah keamanan dan kesejahteraan yang telah lama kita nikmati ini pertahankan lah pertiwi ini agar sentiasa aman dan damai kerana tiada tempat di dunia ini yang sesejahtera, aman dan harmoni hanya lah kau Malaysia tiada dua atau tiga .......bersama-sama satu suara menjadi satu MALAYSIA!










Read more

Monday, May 11, 2009

symphony orkestra....

3 comments
weekend hari tu aku belek2 dvd lama dlm koleksi aku & aku terpandang dvd konsert metallica & symphony hish...dah lama aku x tgk, konsert rock yg paling happening sebab ni la 1st time band rock join venture dgn orkestra pastu orkesrta yg buat show tu bukan calang2 punye grup san francisco orkestra dgn konductor symphony yg paling glamour micheal kamen.

masa tgk konsert tu wife aku pun tergeling mcm tgk naimah je! naimah tu adik dia yg sekolah kat sri puteri budak ni join band orkestra sri puteri, sebab tahun lepas kitorang tgk pertandingan band orkestra sekolah kat PICC nama pertandingan tu SBP Wind Orkestra kat situ berkumpul la band orkestra dr sekolah yg terbaik yg berentap mlm tu.


memang best tgk & rasa show orkesrta secara live walaupun yg buat show tu budak2 sekolah je lagak persembahannya persis pemuzik professional. memang x dinafikan sebab persembahan yg diorang buat tu semestinya mantap & bertenaga sepanjang persembahan diorang tu buat aku rase meremang kira dahsyat la.


antara persembahan yg paling aku suka masa tu show dr sekolah Sri Puteri sebab diorang bawak lagu antara yg aku minat lagu bonda (m.nasir), masa intro x sedar lagu tu lagu bonda sebab dia punye intro cam lagu orkestra mat saleh tp bila aku dengar betul2 sah2 la lagu tu lagu bonda pastu org dlm PICC pun tepuk la kau2 sebab diorang pun x sangka lagu bonda leh jadi cam tu antara sebab yg aku dengar ade org tepi2 cakap arrangement lagu tu lain sgt walau cam ner pun shoe yg diorang bawak tu cukup gemersik dan mendayu sampai ade yg same2 nyanyi memang mengasikkan.... tangkap leleh (uduk iwak leleh yo).


bukan senang nak dpt rase persembahan live dr pemuzik2 orkestra muda ni nampaknye pemuzik kat malaysia ada pelapisnya maknenya industri muzik kita x ketandusan bakat cume dlm aliran muzik symphony x ramai yg berminat org lebih suka muzik mainstream je la.......

Read more

Wednesday, May 6, 2009

lamanya....bercinta!

5 comments
Aku dengar hot fm segment ‘hot chart’ dj radio bgtau topic perbincangan nye pasal lamanye bercinta aku tertatik dgn topic perbincangan pg tu sebab buat aku teringatkan besfren aku yg ade pengalaman bercinta yang rasenya lebih 10 tahun gak la rasanya….
Semuanye mula dari zaman sekolah la dari start dr form 3 lg mase tu diorang tak Nampak la cam bercinta cume agak rapat la tu tak semua org tau pasal kes diorang ni Cuma besfren je yg tau.

Aku ingat lagi masa 1st time diorang dating klu x silap aku lepas waktu sekolah la besfren aku namanya s’man & aweq dia namanya yati si s’man ni x bgtau kat besfren2 dia iaitu aku & 2 org lagi geng aku kitorang ni pegi balik sekolah sama2 hari tu ntah camner dia kluar lambat x cam biase kebetulan besfren aku yg lg sorang namanya pesal satu klas ngan si s’man dia pun x tau ke mana kelibatnye kitorang ingat dia ade perjumpaan pengawas tp besfren aku yg lg sorang pun pengawas cam s’man gak dia kate x de, lama gak la kitorang tunggu dekat sejam lebih so kitorang cam x sedap cam ade yg x kene ngan s’man ni kitorang pun gi pusing satu sekolah manalah tau dia kene sorok ngan hantu kom-kom…hehehe! Tetiba je kitorang terdengar suara org berborak cam romantic jer bunyinye so kitorang pun sergah la couple ni maka dgn terkejut beruk makye diorang ni yg aku kesian kat yati sebab menahan malu bile tgk muka yati rasa cair plak dah la lawa, chubby & very sweet yg ko plak kira hemsem gak cume kurus kedengking & pendek untung la ko man…

Masa form 5 tu la masa klimax diorang punye feeling bukan ape kat sekolah dah jumpa tp ptg je bergayut kat telefon rumah x cukup kat rumah sambung plak kat public phone(kitorang panggil pondok biru) sampai berjam2 bapak dia bising sebab bil tinggi, kitorang selalu lepak kat rumah nenek aku sebab aku duduk ngan nenak aku je so line clear tp kitorang ni la buat benda yg x elok camner pun setiap kali lepak 1st priority study dulu walaupun ½ jam je bukan pe kitorang ni klu study sama2 x leh lama2 sebab tangan kitorang ni x leh duduk diam mesti x sabar2 nak gi pondok biru lepaskan rindu masing2, peh…biasenya kitorang wat lepas isyak! Banyangkan la si s’man ni klu bergayut klu dr lepas isyak sampai ke subuh pun boleh memang gile gayut tu, tp x de la dia gayut dgn yati je..lepas call yati dia pun call la aweqs spare part plak yg memang ramaix terkira........
ade satu peristiwa yg buat aku x kan lupe sampai bile2, mlm tu mlm jumaat bisenye mlm tu kitorang x gethering menghormati mlm barokah tetibe je s'man dtg ajak aku kluar tp dia x bgtau nak gi mane so aku join je la mlm tu aku tgk dia ni cam biul skit klu x silap dia kantoi pasal rahsia spare part pecah mlm tu dia bwk motor pun x betul skit ade satu spg kat rmh pesal kat tepi spg tu ade rimbun pokok pisang sepatutnye dia masuk spg tu tp ni x dia boleh terus je nak langgar pokok pisang nasib baik la aku sempat jerit ' man! pisang tu?' lps tu disebabkan dia gak aku trjatuh motor hampir2 masuk longkang besar dah la mlm tu aku pakai kain pelekat je masa aku jatuh tu dia x perasan langsung cume dia rase tetibe je moto tu jadi ringan bile toleh aku dah x de x gunapunye kawan.....pastu dia ketawakan aku sampai terbahak2 sampainya hati ko, dah la aku ni sakit2 tergolek2 kat semak2 bengang tul aku!
tu semua cite dulu ingatkan lepas abis sekolah then sambung belajar bile dah keje diorang ni terus kawin rupe2nya x kesampaian ikatan pertunangan terputus pada hari yg sepatutnya dibincangkan hari pernikahannya, ntah kat ner silapnye tp aku x salahkan diorang bedua klu x silap aku masalah ni dr famili si yati gak...maklumlah yati ni sebagai lawyer s'man cume cikgu sekolah rendah je terlalu jauh darjatnye satu lg si s'man pun satu hal gak dah tau lawyer ni bizi yg dia carik spare-part buat ape dia bgtau dia boring sebab yati bizi sgt... walaupun cam tu skrg ni diorang pun dah kawin dgn pasangan masing2 dah ade anak pun.......moga berbahagia selamanya!
Read more

Tuesday, May 5, 2009

siti masak speghetti....

5 comments

macam ner la plak si ahyya & yana boleh plak tergerak nak masak speghetti yang sememangnya tak pernah pun diorang masak sebab diorang ni kurang pandai bab masak-memasak ni lagi2 si ahyya tu nak masak pulut pun abg ipar yg masakkan hish...ape nak jadi dgn ayya ni! maka nak masak resepi italiano kene la surf internet cari resepi yg rasenya senang nak buat ha..tu la ayya apa macam mau kasi itu longkong makan ma! x tau masak ma!.... bile dah jumpe resepi yg dicari diorang baca x pahamcam ner nak masak sebab bahan2 dia pelik2 la plak....hehehehe! 'aku cakap la kat kuala selangor ni kan dah ade tesco so ape nak susah kat tesco kan macam2 ade' jd diorang pun paham la lunch hour aku & diorang ditemani bos kecik gi la tesco then makan la kat warung anika mee kak ita afterword kitorang pun gi la masuk dlm tesco sebab nak mencari bahan2 nak masak bende alah tu... ni pun satu hal lagi nak cari bahan2 pun pening sebab x jumpe bahan yg paling penting je iaitu sos pasta dlm botol berjenama prego untung tul sebab dah ade yg xpress tinggal panaskan je tp x cukup lg kene la carik aksesorinye tu cari la mushroom dlm tin & fish ball satu bende lg ni rempah mat saleh si ct kate x jumpe bile time aku carik jumpe plak agaknye ct carik ngan kaki kot bukan ngan mata sebab tu x jumpe...kahkahkah!
semua bahan dah sedia balik ofis sebab kul 2.30 aku kene gi site kat ladang calidonian buat inspection la ngan bos beso sblm tu ct tanye cam ner nak masak ni... aku pun bg la taklimat ringkat tatacara nak masak bende tu yg sebenarnye aku pun x pernah masak kire main belasah je ni...aku sempat bgtau bile balik dr site mesti dah siap masak so pandai2 la korang masak ye... aku tinggalkan la diorang dgn amanat kaedah nak masak makanan tu dlm kul 3 lebih si ct call aku dia tanye spaghetti tu memang lembik ke! aku bgtau ni mesti dah rebus spaghetti tu lame sangat ni sampai lembik jadinye nasib baik x hancur diorang rebus hai...la anak dara ni kul 4 aku sampai ofis masuk je dah tercium la bau sos spaghetti kire ok la bau nye kire berjaya gak la diorang ni masak resepi segera ni dengan sedikit tunjuk ajar yg diberikan maka jadi gak la diorang ni masak spaghetti so maka terhidang la makanan italano kat atas meja tp yg x bestnye tgh membara nak rasa masakan anak dara PLB ade plak si midon dtg nak jumpe bos nak ajak bos minum jd bos ajak la dia masuk & rase masakan budak2 ni alamak aku pun rase dah x best nak makan mengurangkan selera nak makan spaghetti ni...kacau tul la si midon ni, tp boleh la bg pujian skit spaghetti yg diorang masak semalam tu ok sampai kuahnye abis tp mee nye byk lg nak buat camner sos nye sikit sgt la sampai ade yg x dpt makan kecian mereka sebab x dapat makan......
Read more