Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN........selamat beramal... hehehehehe!
6 comments:
"Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar." haaa, yg ni jer bebudak plb slalu wat. sampai kene bukak bilik melepas perasaan...
Okisss dah faham, tak mau g bilik luahan perasaan dah bertaubat.Ct kena taubat gak,pastu beramal.
bilik luahan perasaan memang sentiasa terbuka pada penggemarnye dijemput tanpa diundang.... pada mereka yg berkenaan selamat meluahkan perasaan....selamat beramal!
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
grrh....ct suka pendekatan ni bes ar .....
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
PLUS
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah
ke-9 ngan ke-4 ni pun rasa kiut . hehehehe
AJAKO : memang yer pun . ct pernah try pun .
YANA : Lebih baik mengeluarkan kemarahan daripada tumbuh menjadi nanah . arh x tahan
aya : phase 'aku cinta padamu' tu kene luahkan pada org yg betul aje ye...bukan kat org yg ade byk komitmen...ok! klu x tersiksa jiwa kang x pasal2 terjun bukit malawati!
p/s : org bile marah die rase lega, tapi x kluar nanah.....
mazir : ni konpius ni ayat ni.hehehehe
biarlah . ct mmg suka nak ngan org banyak komitment tu .saja nak nangis2 , terjun bukit melawati tu hobby .
ala lagipun nape encik rizam nak tau sangat .
Post a Comment
dipersilakan kepada anda yang tegar memberi komen-komen membina....