Tuesday, April 13, 2010

cinta kau dan aku.....

9 comments
sebuah novel yang mengisahkan ketabahan seorang wanita yang telah menempuh pelbagai cabaran hidup, berkahwin pada usia yang cukup muda dan ditinggalkan suami di kala usia perkahwinannya belum pun menjangkau setahun akibat satu fitnah segala kebahagiaannya musnah. "kisah kau dan aku" menceritakan kisah seorang gadis bernama nur farisya iman yang berwatakan seperti lelaki @ 'tomboy' tetapi terserlah keanggunan dan kecantikannya dan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran agama, setiap peringatan dan pesan ibunya tetap dipegang dan dipatuhi. bercita-cita ingin memandu kereta mewah sehinggakan dia sanggup memohon jawatan pemandu di syarikat tempat sahabat baiknya bekerja, satu insiden yang tidak disengajakan telah membuatkan dia dilantik menjadi pemandu kepada seorang C.E.O syarikat itu yang sebenarnya telah tertarik dan trjatuh cinta pada kecantikan farisya walaupun dia berimej sedemikian.
pelbagai coretan yang berlaku di sepanjang farisya menjadi pemandu peribadi kepada Farish Hakimi dan dalam diam farish hakimi mula menyintai gadis ini setelah sekian lama hatinya tertutup untuk menerima sebarang wanita selepas peristiwa dia ditinggalkan tunangnya semasa majlis pernikahannya dulu. sebenarnya, sejak mula farisya bekerja disyarikatnya farish hakimi tidak pernah menganggapnya sebagai seorang pemandu tetapi lebih daripada pembantu peribadi yang akan menemaninya ke mana saja. bermulalah episod kisah kehidupan sepanjang farisya menjadi pemandu kepada bosnya yang mana dalam diam farish hakimi telah menaruh hati pada tanpa disedari langsung oleh farisya sendiri. 

segala-galanya berubah apabila ibu farisya, mak timah meminta dirinya mengahwini farish hakimi setelah farish hakim bersetuju untuk menanggung segala kos pembedahan jantung ibunya dan sebagai membalas budi farish hakimi yang telah menyelamatkan nyawanya. dengan berat hati farisya memenuhi permintaan ibunya kerana kasih dan sayang dituruti jua permintaan ibunya, bagai orang mengantuk disorongkan bantal seperti mak timah mengerti akan hajatnya itu, disabutnya berita itu dengan penuh gembira dan akhirnya gadis yang menjadi idamannya akan menjadi miliknya untuk selama-lamanya. 

maka, bersatu lah farish hakimi dan farisya dengan satu ikatan yang sah sebagai suami isteri dan berbahagia lah mereka. di awal perkahwinan, mereka amat bahagia farish hakimi terlalu mencintai isterinya begitu juga farisya kerana dalam hatinya kini hanya ada farish hakimi lelaki yang pertama dicintainya walaupun perasaan itu lahir setelah berkahwin. berita perkahwinan farish hakimi telah disambut penuh gembira oleh keluarga farish hakimi kerana keluarganya tiada semasa majlis pernikahan mereka keran menetap di London. tetapi bukan semua orang gembira dengan berita ini terutama farah adik iparnya dan suraya bekas tunang suaminya.

bermulalah kisah duka farisya kerana dendam, farah membenci farisya dan akan dicubanya untuk menyingkirkan farisya dari hidup farish hakimi dan ingin menyambung kembali perhubungan abangnya dengan suraya. berbagai helah dan cara mereka gunakan untuk menyingkirkan farisya tetapi tidak juga berjaya kerana kasihnya yang amat mendalam farish hakimi pada isterinya segala perancangan mereka tidak menjadi, sehingga pada suatu hari farah dan suraya nekd menabur fitnah yang mengatakan farisya telah berlaku curang pada farish hakimi dan dia sendiri melihat isterinya tidur disebelah zack kapcai sahabatnya sendiri. tanpa mendengar sebarang penjelasan dari isterinya lalu dia meceraikan farisya yang sebenarnya telah di fitnah oleh adiknya sendiri, farah sebnarnya telah mengupah pembantu zack di gerai burger untuk mencampurkan ubat tidur ke dalam minuman zack dan farisya

setiap pujuk rayu isterinya tidak diendahkan malah dihina isteri kesayangannya itu dan ditinggalkan begitu sahaja baginya semua itu tidak bermkna lagi kerana hatinya telah dilukai dan tidak mungkin berpatah semula. maka terkapai-kapai lah farisya ditinggalkan suami tercinta lebih pilu benih yang dikandungna gugur sebelum sempat menjengah dunia makin rintih la hati farisya. selepas kejadian itu farisya bertekat yang dia tidak akan menangis lagi, pintu hatinya telah tertutup rapat bagi mana-mana lelaki mahupun bekas suaminya ingin kembali padanya kerana dia sedar yang dia harus berpijak di bumi yang nyata.............. 


Read more