sebuah novel yang amat menarik untuk dibaca, perdebatan seorang gadis yang hampir2 tersasar imannya yang tidak dapat bimbingan kerohanian dan sentiasa menyalahkan takdir atas segala musibah yang melanda sehingga dia tidak mempercayai kewujudan tuhan.
Rini seorang aties telah berkenalan dgn nizam secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan ke utara dgn menaiki keretapi. nizam seorang pelajar di ipt tempatan berpenampilan selekeh yang berjiwa rock kental tetapi penuh dgn ilmu kerohanian di dada.
dan bermulalah perdebatan berkenaan agama, kerohanian, hukum-hakam dan perbandingan agama di dunia ini. setiap persoalan yang diutarakan dapat nizam selesaikan berpandukan kitab suci al-quran dan hadis2 nabi yang memberikan sebab kuat keagungan agama islam dan kewujudan allah s.w.t
perbandingan antara agama bagi aku yang paling menarik kerana kupasan secara detail telah diberikan sehingga sejarah kewujudan agama seperti kristian, amalan agama yahudi, agama bangsa rom&,greek, buddha, hindu dan agama yang lain. penerangan berkenaan hukum hudud yang dianggap barat sebagai mencabul hak asasi manusia juga dapat dikupas secara terperinci sebab musabab hukum itu diwujudkan allah serta hikmah disebalik pelaksanaannya.
bagi aku novel ni memberi banyak ilmu berkaitan ilmu fekah yang selama ini aku hanya sekadar tahu je, tapi bile baca novel ni aku sedar ilmu pengetahun yang ada kat aku rupanya terlalu sikit. kalau lah ade seorang yang anti-islam berhujah setidak2nya boleh la aku cuba patahkan hujah diorang tu. bagi aku novel ni wajib dibeli oleh seorang islam sebab terlalu banyak ilmu yang terkandung dalam kisah novel ni.
8 comments:
suwoh si ahya tu belikan utk jamison, moga terbukak hatinya masuk islam
emmm....boleh pinjam? cam besh jerk
ct belikan tau, nanti taun depan boleh..
(sambungan) kawen.
nak pinjam leh je!
si ct tu boleh ke kawen! dgn wak jameson ke!
ct tu kena dakwah bil hal wal maal kat jamison, barulah berkesan...sbg permulaan, belikan buku ni dulu, suwoh jamison baca
Salam tuan rumah. Mari beli buku/novel dan dapatkan diskaun drp kami
http://novelkafe.blogspot.com
Post a Comment
dipersilakan kepada anda yang tegar memberi komen-komen membina....