Wednesday, October 13, 2010

selamat kembali.....

1 comments
dah lama aku tak update blog ni.... memang dah niat masuk bulan ramadan aku pun berehat lah plak, ingatkan sebulan je rupenye lama gak aku tak jejakkan hasil penulisan dalam blog aku ni, nak baca blog kengkawan lain pun aku tak buat mesti banyak entry2 baru yang best & menarik kan.

sepanjang raya aku memang bz skit 2 minggu pertama aku kene hadiri byk undangan makan2, biasalah klu dah namanya bulan syawal memang penuh dgn nikmat makanan. dan 2 minggu ni la aku kene beraya ke rumah sedara2, sedulur2 dan kulaan terdekat 2 pun family aku & family mentua aku yang ajak, ikutkan aku dah malas nak bejalan-jalan letih la badan bile weekend je x dpt nak rehat, tp ape nak buat dah aku ni ditugaskan menjadi pak supirnya diorang semua so nak jd anak yg baik kene lah ikut.

2 minggu akhir baru lah aku dapat berusaha menunaikan puasa sunat 6 hari syawal, alhamdulillah termakbul gak niat aku sebelum habis syawal aku dapat selesaikan ibadah puasa 6 ni. sepanjang bulan puasa berat badan aku dapat turun dekat 10 kg tp bile msuk 1st syawal bedabel2 plak naik berat badan, ni semua bahana kenikmatan makan sepanjang bulan syawal. syukur allah masih limpahkan rahmat pada bumi kita yang kaya dengan kenikmatan.  buktinya sampai dah abis bulan syawal masih ade jemputan meraikan syawal yang aku terima.


Read more

Monday, July 12, 2010

surat untuk kekasih...dari Tijah

7 comments
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan ‘boypren’ omputihnya… dia tak sanggup bertemu muka, lalu dia pun mengutus surat… surat tu macam ni bunyinya….


to my love!!!

“hi, my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know I clap one hand only.

Correctly I have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!.

My friend speak you play three wood. Now I know you correct correct play three wood. So , I break off to pull my body from this love triangle.

I know this result I pick is very correct , because you love she very high from me. So, I break off to go far from here. But I always love where I also live…safe live…

from
 
tijah...
 
agak2nye la si omputih tu boleh ke paham ape yang si tijah ni tulis... emmm...myuskil aku!!!
Read more

Monday, July 5, 2010

syahadah gadis ateis...

8 comments
sebuah novel yang amat menarik untuk dibaca, perdebatan seorang gadis yang hampir2 tersasar imannya yang tidak dapat bimbingan kerohanian dan sentiasa menyalahkan takdir atas segala musibah yang melanda sehingga dia tidak mempercayai kewujudan tuhan.

Rini seorang aties telah berkenalan dgn nizam secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan ke utara dgn menaiki keretapi. nizam seorang pelajar di ipt tempatan berpenampilan selekeh yang berjiwa rock kental tetapi penuh dgn ilmu kerohanian di dada.

dan bermulalah perdebatan berkenaan agama, kerohanian, hukum-hakam dan perbandingan agama di dunia ini. setiap persoalan yang diutarakan dapat nizam selesaikan berpandukan kitab suci al-quran dan hadis2 nabi yang memberikan sebab kuat keagungan agama islam dan kewujudan allah s.w.t

perbandingan antara agama bagi aku yang paling menarik kerana kupasan secara detail telah diberikan sehingga sejarah kewujudan agama seperti kristian, amalan agama yahudi, agama bangsa rom&amp,greek, buddha, hindu dan agama yang lain. penerangan berkenaan hukum hudud yang dianggap barat sebagai mencabul hak asasi manusia juga dapat dikupas secara terperinci sebab musabab hukum itu diwujudkan allah serta hikmah disebalik pelaksanaannya.     

bagi aku novel ni memberi banyak ilmu berkaitan ilmu fekah yang selama ini aku hanya sekadar tahu je, tapi bile baca novel ni aku sedar ilmu pengetahun yang ada kat aku rupanya terlalu sikit. kalau lah ade seorang yang anti-islam berhujah setidak2nya boleh la aku cuba patahkan hujah diorang tu. bagi aku novel ni wajib dibeli oleh seorang islam sebab terlalu banyak ilmu yang terkandung dalam kisah novel ni.
Read more

Thursday, June 24, 2010

Pabila yang kiri menongkah yang kanan!...

3 comments
Umum tahu siapa yang kanan di PLB PDKS dan umum juga tidak tahu siapa menanggung yang kiri...hanya orang berkenaan aje yang tahu, tapi yang kanan tu tak pasti la pulak samada dia sedar atau tidak ada yang berjawatan kiri.

apa yang pasti yang kanan tu dah sampai ke penghujung perkhidmatan kanannya kerana belum lulus 'exam PTK' yang menjadi syarat sah jawatan bukan syarat soh solat ye anak2 sekelian...ingat tau pesan ni. dan sehingga ke hari ini umum tahu bagaimana perihal si kanan. akan tetapi perihal yang kiri ni pulak sejak seminggu yang lalu, lain benar bunyinya percakapannya seperti ingin merampas kuasa dari yang kanan, ni semua gara2 si kiri mendapat berita gumbira sebab dah lulus 'exam PTK' pangkat 3 (dah macam exam spm main pangkat2) terus dikhabarkan ke sekelian PLB yang dia dah lulus PTK dan aku sengaja mengambil kesempatan merentungkan si kiri 'selama ni tok asik jadi tok kiri je, skrg ni la masanya gantikan yang kanan pulak!' dengan perasaan  yang penuh bungah (cakap jawa) si kiri bersetuju dgn percakapan aku itu dan disokong pulak oleh tok kiri 2 (tok D)

dengan penuh kebungahan si kiri ni terus menemui tok D untuk bertanyakan hal LNPT dan sempat gak Tok D memerli beliau 'ha! tu la dulu orang suruh isi tak nak isi skrg ni bila dah lulus baru sibuk nak tanya kengkawan', dan atas dasar semangat kengkawan dengan senang hati tok D pun memberilah sedikit pertolongan cemas pada tok kiri 1 itu. sambil itu tok D sempat pun menumpang senang atas kejayaan tok kiri 1 itu dan itulah semangat persahabatan yng telah beliau tunjukkan serta dengan sinis beliau membuat pernyataan 'ape2 pun kengkawan kita gak tu bukan org lain!' fuh...dalam sungguh maksudnya.  

dalam waktu yng sama kami semua terfikir apa lah perihal si kanan, bagaimanakah riaksinya? adakah beliau telah bersedia untk menerima kenyataan ini sekiranya perkara berkenaan betul2 berlaku? adaah beliau akan terus menyepikan dirinya seperti sekarang!, entah la sama2 lah kita saksikan kesudahan kisah drama swasta tersebut (mcm drama kat tv1 dulu). 

kalau sebelum ni dia berkonfrantasi dgn tok kiri 2 hanya kerna tidak dapat menanggung kerja ADO hingga merajuk dengan sekelian orang termasuk CADO sendiri menjadi mangsa dan dia sepatutnya dia sedar dimana kedudukan dirinya sewaktu itu walhal beliau sendiri yang telah membuat penempatan tok2 sekelian tanpa persetujuan CADO dan Cado telah menaikkan anginya atas tindakan beliau itu, akhirnya beliau telah terlepas peluang keemasan berkenaan. 

dan kini tok kiri @ tok bulat bakal menongkah yang kanan, adakah ini bakal berlaku? mmm...sama-sama lah kita saksikan. sekiranya ini maka sekalung tahniah buat tok bulat. beginilah nasib bagi mereka yang terlalu taksub dengan gelaran kanan walaupun ianya hanya pada nama sahaja. yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Read more

Wednesday, May 19, 2010

aku kene langgar...adoi!

6 comments
pagi semalam aku bz sikit sebab kene siapkan report score card admin dah bising mintak report tu, pastu aku keluar medang ngan x-bos dah lama gak kitorang x kluar medang sesame maklumlah bos dah jd bos besar. lepas medang aku balik ofis mase ampi kat depan pagar ofis aku dah berenti nak masuk sebab kat jln sebelah ade kete lalu pastu tetibe je kete bini aku tu ade org sondol dr belakang, tekejut aku ingatkan bende ape dah jadi kat aku rupanya kete kene langgar bile aku tgk yg langgar tu pompuan. aku sound dia 'ape hal ni kak langgar org!' boleh plak dia jawab aku lambat bg signal padahal aku dah berenti nak masuk PDKS siap bg signal kanan lg tu. yg paling best tu dia x brek pun main langgar je x sempat nak elak.

bile tgk kat keadaan kete perasaan sedih terus menimpa, aku bermonolog 'ni klu bini aku nampak ni mesti menangis, dulu masa adik dia selisih dgn lori pun dah menangis tp ni lg teruk!' aku cube slow talk ngan kakak tu dia bgtau yg dia akan tanggung kos repair. dari kerosakan tu memang teruk la aku target repair pun dlm RM 2k sebab bonet ngan bumper kene ganti baru memang x leh pakai pasti lampu belakang belah kiri ade crack skit temasuk body belakang kene ketuk kire byk gak la yg nak kene buat. ape2 pun aku dah report polis sebab bile aku call dia bgtau yg kos dia dekat2 RM 2k dia terkejut, dia kate tu sikit je ketuk pun boleh x sampai RM 500 tp klu dah cam tu dia nak report polis pastu claim insuran. tp yg buat aku angin tu dia kata aku ni nak ambik kesempatan plak padahal dia yg langgar pastu x ngaku salah siap kata aku bg signal lambat padahal lama aku berenti siap dgn signal siap bgtau yg laki dia polis, ape dia ingat aku takut yg polis tu laki dia bukan dia ko tu langgar bontot kire mcmne pun salah la.

mlm td aku call bini dia x de kene pegi kursus 3 hari, aku bgtau kete kene sondol dr belakang so aku cite la semuanye ape yg terjadi terkejut la dia bile dpt tau bile aku bgtau yg repair claim guna insuran kakak tu dia aku je sebab kite x kluar modal tp bile dia balik hr ni tgk je kete aku rasa menangis kot sebab kete tu tinggal 2/3 bulan je nak abis bayar tu yg dia rasa terkilan terasa mcm cc plak. cc tu kete br abis bayar sebulan terus kene sondol dr belakang tp lg teruk diisytihar 'total lost' agaknye kene badi cc kot...

  
Read more

Monday, May 10, 2010

hari yang memenatkan...

3 comments
hari sabtu hari tu hari pekerja adalah hari yang berbahagia bg adik ipar aku sebab dia dah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, dan aku tumpang bahagia tp bagi aku minggu tu adalah minggu yang paling memenatkan dalam sejarah hidup aku, dengan menempuh satu perjalanan yang amat memerehkan yang jarang dibuat orang. cuba bayangkan perjalanan ke terengganu pergi dan balik dilakukan kurang dari 1 1/2 hari yang terpaksa dibuat atas sebab yang tak dapat dielakkan.

memng letih la susah nak bgtau mcmmn letihnya drive sorang dengan perjalanan yang jauh cam tu tp nak buat cam ner demi org tu aku tu kene gak la gagahkan jugak badan ni walaupun ade kalanya dah 'Flate' nak melayang je rasanya. bertolak dr sg besar jumaat mlm lepas isyak dlm kul 9.00 mlm pastu dlm kul 11 mlm berhenti kat petronas gombak(uia) sebab ade satu kete tunggu kat sana dlm masa yg sama aku tgk jln gi tol gombak dh jammed teruk, dr petronas tu nak ke tol plaza dah makan masa 1/2 jam leps je tol na ke terowong dekat sejam lebih aku terpaksa tempuh, adoi kenapa la jadi mcm ni ingat sebab hr sabtu 1st mei so ramai la yg blk kg tp rupe2nya sebab diorang tgh repir jln dr 3 lane tinggal 2 lane dah jammed sempai dekat2 dgn terowong.

lepas je terowong perjalanan pun rileks je sampai laberenti kt R@R temerloh sebab ade plak yg nak terkucil katanya so sambil2 diorang pun berehat la sekejap sebab penat kat jammed kat karak td, pastu dlm kul 2 lebih kitorang pun bertolak la menghala ke pantai timur. aku sampai kat pekan dungun kul 5 lebih dan yang paling bt kitorang saaije disambut dgn suara azan yan begitu sayu je bunyinya jd lepas semua org cek in kat chalet di bandr dungun, aku terus gi masjid solat subuh.

lepas subuh aku terus reht kat bilik tp tu pun kejap je sebab kul 8 pg kene bertolak ke rumh pengantin pagi tu majlis akad nikah, masa on the way g rmh pengantin ade la gak org merungut knapa la rumahny jauh sgt siap lalu kat hutan2 lg tu. sebenarnya rmh pengantin kat jerangau bersempadan dgn hulu terengganu dekat dgn kuala berang memang jauh dari bandar dungun ade la 1/2 jam drive. jd dlm kul 10 majlis nikah selamat dijalankan dgn sekali lafas je lepas jamuan pg tu dlm kul 11 kitorang bertolak balik chalet sebabkene ambik org yg x ikut masa majlis nikah katanya penat & ngantuk. so dpt la gak aku tidur kejap sebab nak jln jauh ptg tu.  tept kul 1 ptg kitong bergerak untuk majlis bersanding plak.

majlis bersandg buat kat dewan sekolah sebab bapak pengantin tu cikgu sekolah jd x lah berpanas kat luar tp yg bestnye majlis resepsi nampak simple tetamu x ramai yg datang rasanya klu kat selangor mcm buat kenduri kesyukuran plak gayanya cume ade pelamin la, sambutan x la meiah mana pun sebab ak tgk bapak pengantin sempat jd camera man lg tu memang simple plak aku rasa. abis malis dlm kul 4 kitorang pun bergerak balik ke sg besar tp sblm tu ade permintaan dr org tua nak gak gi pasar payang teringin katanya maka aku yg keletihan terpaksa mengalah bile mak mertua aku pujuk suruh pegi gak tu pun aku x jamin bukak lg ke x bile sampai sane sbb dah ptg sgt. sampi pasar payang dah dekat pukul 6 nasib baik la ade lg kedai yg bukak yg penting dpt beli kopok lekor ganu..pukul 7 baru kitorang bertolak balik sg besar sampai rumah dlm kul 5 subuh hari ahad sekali lg hampir nak azan 'ya allah' aku rasa mcm nak tercabut rasenye kepala lutut nasib baik la kete otomatik klu manual keras la kaki ni. 

pg tu aku terus tido sampai zohor br sedar tu pun mak mertua aku kejutkan sebab ptg ahd aku kene pegi penang nak htr adik ipar aku balik kolej, dlm badan yg x berapa cergas aku bergerak gak gi penang lepas asar bg betolak tu pun lepas aku wife aku kata dah ok sebab di kene cirit-birit pg ahad tu wife aku kata dia mkn mee sup kat R&R kuantan masa berhenti semalam. aku sampa penang kul 10 mlm pas cek in kat bilik sewa aku terus tido sebab terlalu letih tp wife aku maik teruk plak cirit nye sebab keracunan makanan sampai lembik x leh bgn. pg esoknye aku bwk wife aku g klinik kat penang jd dpt la mc tuk hr tu so aku blk sg besar lepas asar sebab aku tungg wife aku ok br balik, aku sampai rumah kul 9 lebih la tp aku tgk wife aku makin teruk x leh nak bangun tebaring je sebab dah lembik sampai abis semua tenaga hilang makan x lalu lambik je. so hr selasa ak EL sebab kene jaga wife aku yg x sihat tu sambil tu aku plak rasa x brape sihat sebab batuk2 mcm selesema, tu la bahananya klu jalan jauh serang je pemandu x de yg ganti x pernah dlm sejarah aku sampi mcm tu aku drive aku kire dlm masa 3 hari aku dah drive lebih dr 2000 km dah kire rekod peribadi aku la ni!   

        
Read more

Monday, April 26, 2010

naik basikal nak pegi sekolah...

5 comments
hari ni hari pertama perlumbaan Jelajah Malaysia, berlepas kat bangunan PKNS Kuala Selangor aku pegi ngan syeh husin lempoyang & ado farez. kali ni tak macam tahun lepas tak semiah tahun lepas bajet ciput je kot crowd pun tak ramai sangat rilek je nampak gayanye. tak pe lah, aku tengok peserta pun cam tak ramai kebanyakannya dari asia je ngan team sukma negeri cume bile aku pandang diorang rasanya aku teringat masa zaman sekolah dulu-dulu masa jadi budak-budak hingusan lah plak.

al-maklumlah masa tu zaman naik basikal nak pegi mana-mana pun naik basikal je takdenye nak bawak moto ke ape ke! yang penting boleh jalan dan boleh sampai kat tempat yang nak di tuju. masa tu seronok sebab member ramai yang naik basikal. aku ingat lagi dulu rumah jauh dari pekan tg karang adalah lebih kurang dekat2 10km sekolah plak kat hujung pekan tg karang, dah la sekolah burk banyak yang tak sempurna maklumlah sekolah luar bandar pastu pentadbiran bawah jais plak tu memang kesian tp dulu student tak pernah pun nak kisah pasal tu semua yang penting boleh belajar tu je. dulu kalau nak pegi sekolah susah la gak kene kluar rumah lepas subuh paling lewat kul 6.30pg lepas subuh klu tak memang lambat la sampai sekolah pastu minah2 pengawas yang terover gile pangkat sebok je nak tulis nama nasib baik la bespren aku ade yg jadi pengawas sebab kitorang dah same2 lambat pastu yang jaga pagar tu plak makwe die kire dapat exsekius la kitorang ni. rasa seronok la plak bile teringat kan zaman tu sesambil mengayuh sempat beborak pastu bebaris panjang menjela sampai kete nak potong pun kitorang tak bagi can pastu lepas tangan plak sebab dah lenguh pegang hendel basikal klu sekarang ni baut cam tu tak tau la boleh ke nak imbang basikal tu sebab dah kekok la tp mcmmn pun zaman tu memang best.

sekarang zaman dah berubah jarang aku nampak budak sekolah naik basikal pegi sekolah yang ade semua merempit nak pegi sekolah dengan helmet x pakai belagak mcm jalan ni dia yg punya, hmmm...ape nak jadi dgn remaja sekarang patutlah ramai pelajar jadi samseng dulu ade gak budak jadi samseng tp last2 jd gak orang skrg ni ramai sgt nak jd samseng naik kucing pastu menyusahkan orang kampung mak bapak diorang gak yg malu tu pun klu tau makna malu la kan. aku ingat lagi dulu pagi sekolah ramai2 naik basikal jarang sgt aku dengar budak aksiden dengan basikal, kitorang ni semua ikut peraturan nak belok pandang kanan,pandang kiri pastu baru jalan sekarang ni tak sempat pandang terus je mencilok memang dahsiat budak sekarang ni maklumlah budak alaf baru.

klu dulu tak kira hujan ke ribut petir ke panas terik ke tu lah gak tunggangannya, peneman setia ke mana je sebab tu je transpot yg ade sampai ade yg 'cepot' pun ade la tp sekarang ni budak2 nye manja semua nya pegi sekolah mak bapak hantar sampai depan pintu pagar, alasannya takut bawak basikal sebab bahaya pastu klu yang naik motor plak diorang bgtau takut lambat sebab rumah jauh sampai kat depan sekolah pun boleh jam sebab ramai sgt mak bapak berhenti depan sekolah ha tu dah menyusahkan orang lain mcm aku ni yg opis dgn rumah jauh dah terpaksa tunggu diorang ni plak tu yg x pasal2 punch cad merah. aku rasa budak sekarang ni dah terlampau senang semua kemudahan yang ade pun nak yang lagi mudah pastu nak cepat je kejenye. bile kene marah skit je dah merajuk pastu nak lari rumah sebab tu la ramai sgt kes remaja lari rumah sebab takut mak marah. ape la nak jadi dengan budak sekarang ni..............
Read more

Friday, April 16, 2010

rumah baru pun nak berebut...

7 comments
minggu ni secara rasmi dah sahnya jkr ks telah berpindah ke opis baru diorang la lepas beberapa lama cubaan na hlau diorang tak jadi tp kali ni mnjadi gak, mak berjayalah pihak pengurusan. masa jkr tgh bz  kemas-kemas  nak pindah si kados pejal ade jump aku kat surau pdks katanya na bincang mcmmn nak renovated opis jkr tu sebab dia kata nak pnggil consultant nak buat renovation  (dlm hati aku tak kan nak panggil paksi rezeki kot nak renovated opis ni!), hi bos mentang2 la dia tu graduan kejuruteraan walaupun tak tau bab pembinaan nak buat renovat pun nak guna consultant ke! nak bagi nak member2 dia la tu agaknye. ak bagi tau tak yah pakai consultant kita guna tenaga gg je dia tu kuat bolah buat semua tu tak yah nak guna consultant, gune je ape2 yang ade abis cite nak but grand2 pun bukan ade duit pun nak buat.   

hari rabu hari tu Pn. Rahmah call aku mintak aku tgk opis jkr ngan J.B jkr nak buat survey katanya, kla setakat nak survey je nak buat ape klu dah alang2 survey bior terus buat renovated je. tp yang buat aku malas nak pegi tu apek lempang si Pn. Rahmah ramai sgt terutamanya cam biasa la kan cc k/p ngan kak remi yg lain tu cume tempelan je, semua nak tgk la katanya pastu adegak la yang berangan nak dapat opis baru mcm2 yang diorang nak buat, diorang  mcm exited gile la agak2nye diorang ni tak sabo2 nak pindah opis kot..hhmmmm biarkan la labu!

bile naik kat tingkat 3 je aku dah bgtau ni PLB dah tempah dah bgtau ka DO pun DO kata ok je, kng tak tau la plak tetiba je DO blh tukar pikiran al-maklumlah ah-pek lempang DO kan ramai paham2 je la. tp ape2 pun aku ade dengar yang bhg kewangan nak kumpulkan semua kerani kewangan dibawah satu bumbung dngor cite nak ambik kat PLB ni dan satu lagi bhg teknikal tanah nak ditempatkan kat opis jkr tingkat 3 pastu opis teknikal nak bg kat pengutkuasa la plak, abis tu PLB nak duduk kat mana! kat penguatkuasa ke! tak pikir ke bilik tu kecik mana cukup nak letak gg sorang abis tu yg lain ni nk campak kat ne ke laut! mcmmn pun klu dah macam t kite semua ni tak payah pindah bio diorang buat sendiri so keje2 renovated bior la diorang buat sendiri pandai2 la korang ye.

tak tau la mcmmn nak cakap, diorang ni pantang je dap cite2 yang mcm ni ade je hal yang diorang nak buat semua demi kepentingan diorang je, tak pernah pikir orang lain cuba la bawak berbincang dulu tak payah la nak buat andaian mcm tu klu betul la jadi mcm yang dirancangkan memang la diorang ni hipokrit bg diorang ape yang penting diorang puas.......... 

    
Read more

Tuesday, April 13, 2010

cinta kau dan aku.....

9 comments
sebuah novel yang mengisahkan ketabahan seorang wanita yang telah menempuh pelbagai cabaran hidup, berkahwin pada usia yang cukup muda dan ditinggalkan suami di kala usia perkahwinannya belum pun menjangkau setahun akibat satu fitnah segala kebahagiaannya musnah. "kisah kau dan aku" menceritakan kisah seorang gadis bernama nur farisya iman yang berwatakan seperti lelaki @ 'tomboy' tetapi terserlah keanggunan dan kecantikannya dan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran agama, setiap peringatan dan pesan ibunya tetap dipegang dan dipatuhi. bercita-cita ingin memandu kereta mewah sehinggakan dia sanggup memohon jawatan pemandu di syarikat tempat sahabat baiknya bekerja, satu insiden yang tidak disengajakan telah membuatkan dia dilantik menjadi pemandu kepada seorang C.E.O syarikat itu yang sebenarnya telah tertarik dan trjatuh cinta pada kecantikan farisya walaupun dia berimej sedemikian.
pelbagai coretan yang berlaku di sepanjang farisya menjadi pemandu peribadi kepada Farish Hakimi dan dalam diam farish hakimi mula menyintai gadis ini setelah sekian lama hatinya tertutup untuk menerima sebarang wanita selepas peristiwa dia ditinggalkan tunangnya semasa majlis pernikahannya dulu. sebenarnya, sejak mula farisya bekerja disyarikatnya farish hakimi tidak pernah menganggapnya sebagai seorang pemandu tetapi lebih daripada pembantu peribadi yang akan menemaninya ke mana saja. bermulalah episod kisah kehidupan sepanjang farisya menjadi pemandu kepada bosnya yang mana dalam diam farish hakimi telah menaruh hati pada tanpa disedari langsung oleh farisya sendiri. 

segala-galanya berubah apabila ibu farisya, mak timah meminta dirinya mengahwini farish hakimi setelah farish hakim bersetuju untuk menanggung segala kos pembedahan jantung ibunya dan sebagai membalas budi farish hakimi yang telah menyelamatkan nyawanya. dengan berat hati farisya memenuhi permintaan ibunya kerana kasih dan sayang dituruti jua permintaan ibunya, bagai orang mengantuk disorongkan bantal seperti mak timah mengerti akan hajatnya itu, disabutnya berita itu dengan penuh gembira dan akhirnya gadis yang menjadi idamannya akan menjadi miliknya untuk selama-lamanya. 

maka, bersatu lah farish hakimi dan farisya dengan satu ikatan yang sah sebagai suami isteri dan berbahagia lah mereka. di awal perkahwinan, mereka amat bahagia farish hakimi terlalu mencintai isterinya begitu juga farisya kerana dalam hatinya kini hanya ada farish hakimi lelaki yang pertama dicintainya walaupun perasaan itu lahir setelah berkahwin. berita perkahwinan farish hakimi telah disambut penuh gembira oleh keluarga farish hakimi kerana keluarganya tiada semasa majlis pernikahan mereka keran menetap di London. tetapi bukan semua orang gembira dengan berita ini terutama farah adik iparnya dan suraya bekas tunang suaminya.

bermulalah kisah duka farisya kerana dendam, farah membenci farisya dan akan dicubanya untuk menyingkirkan farisya dari hidup farish hakimi dan ingin menyambung kembali perhubungan abangnya dengan suraya. berbagai helah dan cara mereka gunakan untuk menyingkirkan farisya tetapi tidak juga berjaya kerana kasihnya yang amat mendalam farish hakimi pada isterinya segala perancangan mereka tidak menjadi, sehingga pada suatu hari farah dan suraya nekd menabur fitnah yang mengatakan farisya telah berlaku curang pada farish hakimi dan dia sendiri melihat isterinya tidur disebelah zack kapcai sahabatnya sendiri. tanpa mendengar sebarang penjelasan dari isterinya lalu dia meceraikan farisya yang sebenarnya telah di fitnah oleh adiknya sendiri, farah sebnarnya telah mengupah pembantu zack di gerai burger untuk mencampurkan ubat tidur ke dalam minuman zack dan farisya

setiap pujuk rayu isterinya tidak diendahkan malah dihina isteri kesayangannya itu dan ditinggalkan begitu sahaja baginya semua itu tidak bermkna lagi kerana hatinya telah dilukai dan tidak mungkin berpatah semula. maka terkapai-kapai lah farisya ditinggalkan suami tercinta lebih pilu benih yang dikandungna gugur sebelum sempat menjengah dunia makin rintih la hati farisya. selepas kejadian itu farisya bertekat yang dia tidak akan menangis lagi, pintu hatinya telah tertutup rapat bagi mana-mana lelaki mahupun bekas suaminya ingin kembali padanya kerana dia sedar yang dia harus berpijak di bumi yang nyata.............. 


Read more

Monday, April 12, 2010

ADO baru dah sampai la...

3 comments
hari khamis lepas ade 2 ADO baru masuk sorang kat PLB sorang kat tanah ganti tempat akhbal kat penguatkuasa. lepas lapor diri kat the big bos dia kene masuk opening meeting iso the big bos suruh so sempat la big bos perkenalkan ADO baru ni.

aku sempat pandang kat tok din beliau hanya tersenyum kambing sebab dia mengerti akan maksud ku itu, tapi mcmmana pun tok din tak kisah yang penting keje buat lagi satu dia kata selamat sikit klu x makin lama la sahabat kita tu merajuk sampai sekarang x nak jejak PLB sekali-sekala je tu klu ade hal penting klu tidak harapkan TPK je yang datang opis.

nasib baik la sahabat tu tak serah jawatan kat tok din klu x naye je balik jadi tok biasa dan tok din merangkap tok kanan pastu tak pasal2 plak tok din kene serah balik jawatan kanan kat dia. tok din bgtau tak kan la dah serah jawatan nak mintak balik tu namanya x bersyukur tu buruk siku dan tangan la ikutkan hati tak hingin nak lepaskan orang dah bagi kira rezeki lakan! betul tu tok din sebelum buat ape2 keputusan kene la mikir dulu baik buruknya.

nasib baik la keje menanggung ADO tu tok din cume dapat sebulan je kire rase la elaun menanggung tu walaupun sekejap tok din x kisah yang penting keje jalan katanya, betul tu tok saya sokong x payah la nak sakit hati nak berebut jawatan, tu pun belum tentu brape lama tengok sekarang sebulan je dapat rasa menanggung x balik modal klu sahabat tu yang dapat kan ke malu berebut bagai nak gila tapi kejap je.

apa2 pun selamat bertugas pada ADO baru, moga rasa lah penangan bersahabat dengan tok2 yang banyak kerenah dan pe'el ni dan moga ditahankan mentel dia dak mengharungi gelora cabaran di luar sana. ape2 pun aku nampak gayanya kene la kluar dari bilik ni sebab memang dari mula pun diorang dah bgtau bilik ni tuk sementara bila ade pegawai baru datang kene la kluar, ape nak buat aku terima segala suratan tak kisah pun yang penting keje jalan walaupun lepas ni aku jadi gelandangan di opis sendiri..... 
Read more

Friday, April 9, 2010

odit menyerang semula....

2 comments
balik dari kursus induksi hari tu, ingatkan mksp dah buat la rupanya x buat lagi penat aku siapkn dokumen sblm aku blepas ke KLIA, sempat aku bgtau cc " cc yang semua dokumen dah siap, tlg semak pastu boleh buat mksp" bile masuk ofis je aku dpt berita mksp x buat lg la...adoiiii! cc pent nak uruska semua sekali, apakan daya dah dikebertanggungjawaban padaku maka tepaksa rela lah aku dibuatnya. maka mksp baru buat hr selasa hr tu minit but hr rabu hui....ni la sjarah buat minit mnggunakan kelajuan cahaya. 1/2 har siap org lain biasanya 2 har baru siap ni kan ucapan aluan do dah sampai sejam tp minit aku gune taktik short hand. janji aku & bos paham abis cite heheheh....

nasib baik la odit kali ni best x mcm si mat jack-pot dulu klu dia lg memang kene cepot la jwabnye.... kali ni pn. mariam memang steady la x kisah klu salah pun dia betulkan dgn cara yg betul dan x menyakitkan senang cite beb serupa dgn en. zul kerajaan langit la.....salam en. zul dtg ofis jap sbb nak sain l.o yg dulu, menurut beliau pn. mariam ni ok senang je x byk kerenah cume dia ni teliti orgnye. lagi satu dia ni bukan org teknikal so dia tak pegi site duduk ofis je....so nampaknye tahun ni ISO diteruskan la ye...

memang tepat seperti kenyataan en.zul kerajaan langit tu, oditor ni ok senang nak jaga kalau salah pun dia tak marah cume dia tegur je pastu dia ni banyak cerita makin kita cerita makin dia syok layan.... sampai lupe nak buat keje. setakat ni syukur tiada sebarang masalah yang timbul cume tang projek ni payah skit nak tegur dah byk kali dah aku bgtau kat diorang semak fail semak dokumen termasuk borang siasatan mcm yg mat jack-pot bising tahun lepas diorang kata dah semak semuanye ok x de masalah rupanya tadi odit cek memang tak buat dan isi borang siasatan permohonan tu dgn surat makluman pelanggan pun tak dibuatnye.... jadi nak x nak kene gak aku menyerah yang memang kitaorang tak buat tp yg bestnye dia sempat gak bg nasihat pembetulan cam ner nak elakkan perkara ni dari berlaku.... hmmmm! bagus gak idea tu cume klu boleh aku malas nak isi ape2 borang pun sebolehnye x payah langsung senang cite.

jap lagi closing meeting x tau la  berapa banyak NCR yg diserah kat kitorang rasanye memang ade tp tak tau la brape.... klu disambung lagi makanya menanggung lagi la beban aku tp tak pe pas ni beban tu aku bg kat bos baru bior dia plak yang tanggung pening cam aku & bos aku yg lama. bak kata brother klu dapat sampung pun yg dapat jabatan & the big bos gak yg glamour ape lah salahnye diorang bg kami ni reward ke prgi melancong ke@ melencong ke...baru la semangat nak buat keje ni tak yang kene menanggung sakit jiwa kitorang tp big bos tau selesai then dapat sijil tu....letih la...............




Read more

Monday, April 5, 2010

kursus induksi...

2 comments
gambar peserta kursus.......

kursus induksi hari tu kat hotel concord inn klia, huyoo best hari2 tgk kapal terbang tp aku tak terbang2 kat situ je 2 minggu, rasa malas je masa mule2 nak pegi sebab kene bangun subuh2 maklumlah kalau dulu pendaftaran sehari sebelum kursus, ni hari kursus pagi plak tu dah terpaksa la aku drive pukul 5 subuh. ape nak buat kene sampai sana sebelum kul 8 macam dalam surat tu.

pilihanraya melantik penghulu kursus

ni kali kedua aku kene kursus induksi dulu 1st time masa jadi teknisen skrang ni nak jadi ast. engineer kene la gak pegi walaupun malas sebenarnya. tapi kire ok la duduk hotel 2 minggu makan free sape tak nak kan...  kali ni aku kursus tak berapa ramai mcm time aku kursus yang dulu, masa tu ade seratus lebih duduk kat ikelas morib lagi biol tak boleh kluar langsung, kali ni ade 64 peserta dan yang paling best nya 1/2 dari tu adalah senior citizen la plak dah nak pencen la baru dapat KPSL. tu yang x best tu tak ramai anak dara, ade yang ala2 anak dara pun dah ade anak 1@2 tp mcm anak dara sekali tengok pun x caya la. yang peserta lelaki cam biasa la semuanya ok gile2 boleh bawak ke tengah! bile dah ramai otai2 kat dalam kursus ni maka menjadi kebanggaan mereka sampai setiap penceramah yang bagi syarahan semua pening kpala sebab byk sangat soalan dan byk sgt yang diorang tak setuju dengan penceramah punya nota, al-maklumlah otai2 dah biasa dgn G.O termasuk la dgn cc azhar psm setiap keterangan cc dibangkang katanya tak sama dengan ape yang diamalkan. jawapan cc berdasarkan G.O pun diorang tak puas hati. hei... nak ku tampo je mulut makcik2 ni  tak reti bahasa ke ha....
dalam kursus tu aku ade satu kumpulan yang diberi judul Kumpulan senyum...kumpulan yang diketuai oleh S.u MDSB seorang yang berjiwa ganas walaupun seorang pegawai tp dianggap kitorang semua mcm member2 je memang best, dlm 4 grup yg ade grup kitorang ni rata2 lingkungan 20an -30 an nasib baik takde yang season nak pencen senang bekerja bile ade perbincangan senang je nak seatlekan just bincang siap tak payah nak pening-pening.
           ahli kumpulan senyum

tempoh 2 minggu tak balik rumah rasanya bosan rindu kat isteri pun ade, ikutkan peraturan memang tak boleh balik @ kluar tp bile kitorang lepak2 dgn urusetia diorang kata pandai2 la jgn sampai pegawai tau sudah. kira dah dapat green light la nampaknya pastu apa lagi setiap petang aku kluar dgn S.U MDSB dgn sorang budak PSM. dah tak bleh tahan nak makan kat hotel dah tak lalu la nak makan nasi kandar hari2 dgn lauk yang sama je tp yang best tu kitorang telepas gak gi bagan lalang makan ikan bakar tu yang paling syok tu, kalau dulu masa induksi yang 1st tak dapat langsung nak rasa semua ni kene penjara rasanya.

macammana pun aku rasa induksi ni yang paling happening member2 semua gile2 sekepala walaupun ade gak la yang kaki sebuk macam mak nenek tp overall ok, satu lagi ade satu malam kitorang buat suprise party kebetulan sambut birthday sape2 yang kene tarikh sepanjang kursus dan sepanjang bulan mac. rasanya enjoy la gak walaupun terasa rindu la kat isteri kat rumah tu setidak-tidak pun masih lagi terasa sayang kat isteri aku yang tercinta........ 
                                                                                  semasa aktivi dalam kelas...permainan botol tp ganti  cawan


Read more

Wednesday, March 3, 2010

odit sirim......ponin kepala den!

3 comments
bakal singgah la satu bala yang memang menjadi tradisi kat PLB ni, bile tiap-tiap tahun kena ngadap diorang ni ha yang cume tau cari salah je kejenye x de kja lain ke la diorang ni. cenggit la kan dah diorang ci makan mcm tu x kn nk tukar job kot...hahaha!

minggu lepas minggu yag paling bz bg ku di awal tahun 2010 sebab kene buat odit dalam pastu kene lak siapkan list projek tuk tahun 2010 yang bos mintak sebab nak hantar kat Dato' Hassan Ali plak,  x cukup dgn tu kene plak buat list projek pelancongan yg Y.B Yaacob Sapari (kire beradikkan si Rasid Sapari) pastu kene gak gi seminar kat SUK plak huh...... tp bile tgk kat teknisen, aku tgk rilek jek x de nak tanye nak bg pertolongan atau ape2 yg patut... mmm ni la yg dikatakan the bos tp mcm bos aku tu yg kejab2 risau je sejak2 aisisten lama dah sama level ni.....kahkahkah!

odit dalam mg lepas aku rasa yg paling berterabur x ikut prosedur kalau diodit memang sah la semu pasukan odit kene MAJOR NCR hahaha. hari pertama lagi dah kacau bilau dgn mesyuarat pembukaan x buat sebabnye oditor x cukup katanya hari tu penghulu ade taklimat perarakan maulidur rasul peringkat daerah, pastu ade gak oditor yg datang lambat, oleh kerana kuasa veto ade kat tangan aku selaku chif oditor bg menggantikan chif lama yg kene naik pangkat, tu pun rasanya aku terpaksa, maka aku arahkan oditor teruskan je buat odit cam biasa yang penting jalan da!

yang sebenarnya, aku ni berat hati nak amik title chif oditor (bukan chif penghulu tau) tp bile ditimbang tara x pe la aku rasa bat je la ape yg dah diarahkan ape yang penting kejesama je la yang aku harapkan. masa consultant 'kerajaan langit' dtg aku maklumkan ade pertukaran anggota odit dalam sebab chif dah tukar org lain pastu oditor pun kene rombak sebab oditor sediada tu ade yg susah nak bg komitmen la, so bertukar la si rasid dgn teknisen baru tu 'n' nurul azhar ganti hj zain ngan si sepol tok kanan ganti mantan chif oditor dan mengharapkan odit nanti x de problem la.

ingatkan dah satel la masalah oditor ni rupanya bile sampai masa nak odit ade gak lg proble odit x dpt dikesan, yg si liza teknisen baru tu kira ok la gak sebab dia bgtau yg suami da sakit tp si nurul ni ha tetibe je hilang x dpt dihubungi, hadoi susahnya la bile ade staff yg bermasalah kat ofis, cc pun ade gak merungut budak tu asik ilang je mcm tok bulat x dpt dihubungi, pastu punch card selalu merah plak tu, ape nak buat cc terima je la sebab tu la gaknya si yap ah loy tu x defent langsung budak tu time2 pertukaran hari tu.

lepas pada tu proses oditan berjalan cam biasa, cume aku aku bz skit sebab bos suruh ikut dia gi kg ampangan sebab nak tengok homestay sg sireh nak dibuat naiktaraf produk pelancongan la katanya dan bersama-sama tok penghulu dan ketua kampung meronda sekitar kawasan homestay tu buat tinjauan. oleh yang demikian kene la aku tinggalkan oditor2 yg lain dan mengikut arahan ketua tuk pergi bersamanya.

hri ketiga sepatutnya buat mesyuarat penutup, tp apa kn daya meeting tu x dpt buat sebab anggota ade yg x dtg pg tu, dtg pun dah lambat so aku bincang ngan cc selaku wakil pengurusan nak buat gak ke meeting penutup, tu so dgn selamba je cc bgtau x yah la sebab ramai x ni kang ambik je kehadiran pastu NCR yang ade tu bg je kat oditi yg kene.habis cite....maka begitu la al-kisahnya odit dalam kat opis aku yg x berapa nak odit. ape yg penting siap yg tinggal siapkan repot n MKSP pastu tunu je la odit sirim awa bulan 4 ni........   







       
Read more

Tuesday, January 26, 2010

kita tak sibuk, tapi suka menyibuk!

2 comments
Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun.


Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan.

Dalam pada itu, saya biasa berjumpa dengan orang yang terpaksa menangani begitu banyak kerja, tetapi tidak pernah merungut. Segala kerja yang diberi diterimanya dengan selamba tanpa kerutan di dahi. Apabila tiba deadline, kerjanya siap sempurna dan menyenangkan hati.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara orang yang suka komplen dengan orang yang tidak pernah merungut. Orang yang suka komplen biasanya bukannya sibuk, tetapi menyibuk. Masanya kononnya tiada, tetapi dia sempat pula melayari Internet, bersms mahupun bersembang dengan mereka di kiri dan kanannya dan juga di tingkat yang lain dengan cara berchatting.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah merungut bila kerjanya banyak sebenarnya betul-betul menyibukkan diri dengan menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Dia tidak membuang masa dengan menepati masa. Kerana itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu tidak panjang dan terbuang.

Apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dan mereka yang tidak pernah pun berjaya ialah cara mereka menangani masa. Orang yang tidak berjaya selalunya membazir masa. Sebaliknya orang yang berjaya selalunya menggunakan masa dengan sepenuhnya.

Pak menteri contohnya, merupakan orang yang berjaya. Dalam perjalanan ke tempat kerja, dia menghabiskan masanya dengan membaca akhbar. Sebaik sahaja memasuki pejabatnya, dia menghadiri mesyuarat dan brainstorming hingga ke tengah hari. Waktu makan tengah harinya akan digunakan untuk berbincang dengan pelabur.

Kemudian dia akan menghadiri majlis perasmian, mungkin sebesar pelancaran sebuah kawasan perumahan ataupun sekecil memberi bantuan kepada fakir miskin. Sekembalinya ke pejabat, akan ada temu janji lagi ataupun dihubungi pihak media untuk memberi komen terhadap sesuatu isu berkaitan dengan kementeriannya.

Jamuan makan malam bukan semata-mata makan-makan dan sembang-sembang. Sebaliknya jamuan makan malam pak menteri selalunya penyeksaan dalam penantian. Ia dipenuhi dengan ucapan, penyampaian anugerah demi anugerah sebelum bersurai sehingga melewati jam 11 malam.

Pulang ke rumah, pasti ada penyokong parti yang menunggu memohon pandangan dan nasihat. Sehingga jam 2 atau 3 pagi dia mungkin perlu menyelesaikan tugas-tugas pejabat seperti menandatangani pelbagai dokumen sebelum dapat melelapkan matanya.

Seseorang biasa yang pandai menggunakan masa juga akan berjaya. Dia mungkin seorang kerani. Untuk memajukan dirinya, dia mengambil diploma melalui program Pengajian Luar Kampus. Pada hari-hari yang dia tidak menghadiri kelas, dia akan berniaga seperti menjual burger.

Ramai daripada kalangan mereka ini sudah berkeluarga dan masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Saya biasa menemui mereka yang membuat kerja sambilan dengan memandu teksi, berniaga, menjadi ejen jualan langsung, katerer dan juga broker.

Justeru itu, tiada sesiapa pun yang boleh komplen yang dia tidak mempunyai masa. Allah SWT yang mencipta dan mengurus masa memberikan semua insan 24 jam sehari. Tiada seorang insan pun diberi lebih masa seperti 25, 26 atau 27 jam sehari agar dia dapat menjadi produktif lebih daripada orang lain.

Kerana itu, andainya dia masih komplen, ertinya dia sendiri yang memendekkan masanya kerana bukankah komplen itu membazir waktu? fikir-fikirkan lah dimana kita sebenarnya.....

*petikan dari akhbar sinar harian rabu 27 jan 2010
 Oleh - Norden Mohamed
Read more

Tuesday, January 19, 2010

nama allah dipermainkan!

2 comments


apabila nama allah yang maha esa khusus untuk penganut islam disamakan dengan tuhan penganut agama lain terutamanya 'kristian'



ini adalah permandangan biasa bagi sesiapa pernah berada di indonesia....perkataan allah digunakan tanpa sebarang sekatan!


oleh itu! tanpa sekatan seperti mana di negara ini maka mungkin ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba membuat kontroversi seperti mana yang dimaksudkan dalam lirik-lirik lagu seperti diatas........

adakah kita sebagai rakyat malaysia sanggup melihat perkara-perkara sedemikian seperti mana yang berlaku di indonesia, yang diiktiraf sebagai sebuah negara islam yang terbesar di dunia! apakah tanggungjawab pemerintah bagi membendung gejala ini. salahkah kita menegakkan apa yang menjadi hak agama kita mengelakkan dari dipersenda.....fikir-fikirkan lah!
so...lu pikir la sendri!
Read more

Thursday, January 14, 2010

Charlie dan Angels

5 comments
'Hello Angel's'. the bos...'Hi...Charlie'..the angels, tu la ucapan yang paling famous dalam sejarah filem CHARLIE'S ANGELS  yang menjadi satu kegemparan pada satu ketika dulu, dengan keterampilan yang begitu menawan, para angel's terdiri daripada Dylan, Natalie dan Alex menjadi kegilaan seluruh dunia pada masa tu.....

tapi skrang ni lain plak yang berlaku di PDKS, yang mana demam si angel's bakal menular ke sini. hanya tinggal beberapa hari je lagi. kalau dalam filem... para angel's menampilkan imej yang imej sexy dan menawan tapi kat PDKS ni plak hadir dengan imej kesopanan dan kesusilaan.....

bagaimana semua ni boleh terjadi? kahkahkah.... tapi secara kebetulan watak dalam filem tu same plak dengan realiti di PDKS, dengan watak seorang angel's berbangsa tiong hua...( si lucy liu ) dan 2 lagi angel yang bertubuh agak berisi dan sasa. terfikir sejenak aku memandangkan filem itiew amat menarik untuk ditonton tp realiti di sini tidak seindah di dalam filem berkenaan....kahkahkah!

ni semua terjadi setelah seorang pegawai PDKS secara rasminya telah dinaikkan pangkat la katakan, tetapi perlu bertukar ke kementerian dan dengan seronoknya telah ditempatkan di kampung halamannya.... memang terpancar keindahan diwajahnya bila the bos umumkan perpindahan beliau itu. dan dengan nada sinisnya the bos berkata maka telah pupuslah pegawai lelaki m41 di PDKS.

aku memetik kata-kata keramat en. najib 'ni semua berkat doa warga kerja PDKS! kalau tak memang takdenye dia nak keluar', tak tau la aku samada ianya secara kebetulan atau sebenarnya beliau ni memang kurang digemari ramai, ataupun pak cik yang jumpa dia, yang bila jumpa je beliau mengarahkan pakcik tu buktikan dah berapa tahun! maka doa pakcik tu termakbul....sapa plak yang tahu kan.

apa yang dimaklumkan, tujuan beliau berpindah adalah kerana ingin menjaga orang tuanya yang telah uzur dan perlukan perhatian, akan tetapi aku kira warga PDKS mengerti yang sebenarnya beliau ingin melarikan diri dari segala kontroversi ciptaan beliau sendiri......

apa-apa pun sekalung tahniah kepada the bos kerana berjaya didampingi oleh para angel's yang gagah lagi perkasa....moga maju jaya!
Read more

Wednesday, January 13, 2010

duka nestapa.....

3 comments
setelah berhari2 aku mencuba memperbaiki setiap kemusykilan dan aku menjangka segalanya telah brakhir, rupa-rupanya panas yg ku harapkan tp hujan lebat ditengah hari membuatkan aku semakin resah, bukan kepalang resah yang menghantui diriku hanya kau yang mampu mengetahuinya...

penat aku rasa! ingatkan bila dah lama cuba mencari beberapa 'layout' blog dalam internet yang dirasa begitu bermakna dan amat menarik rupanya tu semua hanya mimpi sahaja....resah dan gelisah pabila setiap 'editing' yang aku lakukan menemui jalan buntu, kecewa ku rasa ada saja halangan yang menimpa sekejap kecil dan sekejap besar sesuatu yang amat menyakitkan. 'geram aku geram, geram bermacam ragam' dah macam sebuah nyanyian dalam sebuah radio swasta..........

aku dah 'fedap' dan dah malas nak buat blog lagi, aku suruh si ct tolong tp dia pun tak boleh nak tolong, aik...orang yang bijak blog pun tak boleh nak 'oter' blog aku ni sebab segala-gala ni berpunca dari dia la... dia yang tukar layout blog tapi dia tak boleh nak 'adjust' balik....naik bingung rasanya.........

kali ni 'last' la aku cuba tukar lagi layout blog aku ni tp tak tau la samada boleh dikomen ke tidak, macam layout yang sebelum-sebelum ni semuanya tak boleh nak komen...macam mana nak buat blog kalau begini.

sekiranya perkara ini berulang maka aku cadangkan pada diri ini....'ko bersara je la tulis blog ni tak pun tukar je yang sediada kat dalam tu'....tu la yang termaktub dalam benak pemikiran ini.....
Read more

Tuesday, January 12, 2010

layout blog...

10 comments

aaa....akhirnya berjaya juga aku menukar layout blog aku....bukan ape saje nak cari kelainan dari yg sebelumnya. hari tu aku try tukar layout lain, ok gak lawa tp susah nak edit puas aku try godek2 pun tak leh nak buat ape tambah bingung bile internt line asik kene gantung je (hang),
bile tanye ict "internet x depe, tu kene 'restart' balik tu" ayat dr fizah sahabat baik ct degis@degil, naik menyampah aku! klu sekali-skala tu x pe gak ni tgh2 syok layan tetibe je kene gantung aduh....


bengang la cam ni baik x yah ade line internet. tu sebab la aku x dpt nak update blog walaupun semasa itu aku mempunyai byk entry nak cite da kongsi bersama akan tetapi disebabkan talian internet yang membengangkan aku lupekan je la hajat hati ku ini.....


tp aku ade perasan 'x' bos aku tegur dlm blog yana yg blog aku tu x leh nak bg komen.... memang aku akui aku dah silap pilih layout dan membuatkan aku try berhari nak tukar layout tu, malangnya akan sebab masalah talian yg buatkan aku hampir nak campak je pc ni, nasib baik la ku pikir ia hakmilik kerajaan x jd la aku nak humban dr tingkat 3 PLB....


kini segala kesulitan itu telah berjaya ku tempuhi, segala masalah telah berjaya diatasi maka telah ku membuat beberapa pilihan dan ku rasa pilihan ini adalah yg paling sesuai untuk ku paparkan bg tatapan blog ini.....yg mana ia mempunyai unsur-unsur abstrak umpama scroll di zaman silam.
maaf atas segala kesulitan yang dihadapi........




Read more

Thursday, January 7, 2010

2010......ade ape ye!

3 comments
menjelang tahun baru memang ramai yg seronok, maklum la tahun baru.......ade yg seronok sebab keinginan pada tahun sebelumnya tercapai dan ade juga sebaliknya apabila tahun sebelumnya meningggalkan seribu penderitaan....itu la lumrah kehidupan ada pasang surutnya macam la juga air laut.............
bagi aku menjelang tahun baru ada gak yg pening ade gak yg seronok, sehari sebelum tahun baru aku dah kene marah dgn EXCO cina kopet, jenuh aku explain langsung x dihiraukannya sampaikan kontraktor bergaduh la dgn Y.B padan muka ko...
menjelang malam majlis makan malam kat hotel paling grand kat s.alam tp x la segrand mana pun, sempena berakhirnya tugas seorang pegawai yg cukup berdidikasi dan komited dgn keje, tu la bos kecik aku yg ramai orang sayang, sampai ucapan cado aku pun sebak dibuatnya umpama beliau kepatahan 2 blah sayap ataupun terpaksa terima hakikat bos kecik aku dah sama ranking dgn beliau...hahahah!
pd masa yg sama aku kahilangan seorang staf yg paling aku percaya sebab dia antara teknisen yg paling smart buat keje dan senang nak diurus, ape kan daya x leh nak halang sebab isterinya lebih perlukan perhatian dr ko nizam berbahagia la hendaknye....tp malang menimpa baru sehari keja motor Yamaha 125z yg dibeli dr rasid dah kene curi, dah la sedih tinggal sahabat karib ditimpa kehilangan motor. alamak tuan...kesiannya!
cite terbaru seorang pegawai degis plak nak kene tukar ke s.alam sebab dengar cite degil sgt2, sebab 2 la suke pegi bt 2 makan begedil memang degil pun. maka si yana comei pun dilanda kesedihan la gamaknye pabila sahabat karibnya yg menjadi tempat meluahkan perasaan selama ini bakal pergi meninggalkan dirinya...oleh sebab itu akan ku bekalkan lagu pergi nyanyian aizat bg mengiringi pemergiannya....
dan sebenarnya....separuh dari staf PLB akan ditukarkan maka berwajah baru la PLB pd tahun apabila wajah2 kemuda-mudaan bertukar ke wajah kemak-makan. knp la malang sungguh nasib PLB ni...sentiasa jadi mangsa keadaan...
agak2nya lepas ni ape lak yg akan diredah sehingga hujung tahun 2010 ni ye, susah aku nak jangka sebab tu semua diluar kawalan aku......semoga tahun baru ni dapat la diharungi dgn sebaik mungkin..............amin!
Read more