Tuesday, January 27, 2009

kisah dan teladan


Kisah ini bemula di sebuah desa yang amat terpencil yang mana lokasinya amatlah terpencil hanya dihubungi melalui jalan sungai sahaja laluan darat yang ada hanyalah laluan balak yang amatlah merbahaya.

Maka tinggallah seorang lelaki bersama ibunya, kehidupan mereka amatlah miskin lagi papa-kenada(mcm ali baba bujang lapuk da) lelaki berkenaan hanya melakukan pekerjaan kampong sahaja bagi menampung penghidupan mereka berdua.

Maka pada suatu hari sampai lah masa hari perkahwinan lelaki tersebut dengan gadis sekampung dengannya akan tetapi yang malangnya disebabkan kedaifan mereka kesemua pakaian yang mereka ada semuanya koyak-koyak dan bertampal-tampal sehinggakan seluar kecil pun berlubang-lubang kerana tidak mampu beli yang baru.

Setelah itu ibu tuanya merasa kesian yang teramat sangat pada anak bujangnya itu maka dibuatkan lah sehelai seluar kecil dengan menggunakan guni beras untuk anaknya itu. Pada malam pertama selepas disahkan mereka sebagai suami isteri, suatu yang gempar telah berlaku di kampong berkenaan kerana pengantin perempuan telah meninggal dunia sebelum sempat bersama disebabkan mati terkejut oleh kerana telah terpandang akan seluar kecik suaminya tertera perkataan : ‘ Berat bersih: 50 kg’

0 comments:

Post a Comment

dipersilakan kepada anda yang tegar memberi komen-komen membina....