Jikalau hari bertuah itu jatuhnya pada hari ini, maka anda wajib tahu perkara ini! Bermula pada zaman purba kala harijadi dianggap penting kerana ia adalah hari yang menunjukkan samada seseorang itu akan dibentuk oelh roh baik atau diganggu syaitan. Untuk itu saudara-mara dan rakan-rakan akan menghadiahkan kanak-kanak yang menyambut hari jadi dengan ucapan ingatan yang baik serta diberikan hadiah hari jadi dengan harapan ia dapat mencegah gangguan syaitan, puaka serta jembalang.
Masyarakat yunani purba menyambut harijadi artamis (dewa bulan dalam masyarakat mereka) membuat kek khas untuk dewi tersebut. Kek itu berbentuk bulat dan dihiasi dengan lilin sebagai melambangkan bulan yang sedang mengambang dan menerbitkan cahaya indahnya keseluruh penjuru alam. Kemudian kek tersebut diarak ke kuilnya.
Dari situlah dipercayai bermulanya idea membuat kek harijadi berbentuk bulat dan dinyalakan lilin diatasnya. Seterusnya ia berkembang pula dengan amalan mamasang hajat dan menghembus api lilin tersebut dengan anggapan asapnya boleh membawa hajat mereka tadi naik ke syurga.
Di Belgium, sesetengan masyarakat desa percaya wujudnya gangguan syaitan pada harijadi seseorang kanak-kanak. Untuk menghalaunya mereka akan mencubit, mengetuk kepala dan menampar kanak-kanak berkenaan. Malah yang lebih teruk ada keluarga kanak-kanak yang menyambut harijadi akan menyelinap ke dalam bilik tidur kanak-kanak tersebut pada waktu pagi dan mencucuk mereka dengan jarum. Maka kanak-kanak mesti berani dan kuat kerana percaya jika mereka menangis pada harijadi mereka akan menangis sepanjang tahun.
0 comments:
Post a Comment
dipersilakan kepada anda yang tegar memberi komen-komen membina....