Tuesday, January 26, 2010

kita tak sibuk, tapi suka menyibuk!

2 comments
Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun.


Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan.

Dalam pada itu, saya biasa berjumpa dengan orang yang terpaksa menangani begitu banyak kerja, tetapi tidak pernah merungut. Segala kerja yang diberi diterimanya dengan selamba tanpa kerutan di dahi. Apabila tiba deadline, kerjanya siap sempurna dan menyenangkan hati.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara orang yang suka komplen dengan orang yang tidak pernah merungut. Orang yang suka komplen biasanya bukannya sibuk, tetapi menyibuk. Masanya kononnya tiada, tetapi dia sempat pula melayari Internet, bersms mahupun bersembang dengan mereka di kiri dan kanannya dan juga di tingkat yang lain dengan cara berchatting.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah merungut bila kerjanya banyak sebenarnya betul-betul menyibukkan diri dengan menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Dia tidak membuang masa dengan menepati masa. Kerana itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu tidak panjang dan terbuang.

Apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dan mereka yang tidak pernah pun berjaya ialah cara mereka menangani masa. Orang yang tidak berjaya selalunya membazir masa. Sebaliknya orang yang berjaya selalunya menggunakan masa dengan sepenuhnya.

Pak menteri contohnya, merupakan orang yang berjaya. Dalam perjalanan ke tempat kerja, dia menghabiskan masanya dengan membaca akhbar. Sebaik sahaja memasuki pejabatnya, dia menghadiri mesyuarat dan brainstorming hingga ke tengah hari. Waktu makan tengah harinya akan digunakan untuk berbincang dengan pelabur.

Kemudian dia akan menghadiri majlis perasmian, mungkin sebesar pelancaran sebuah kawasan perumahan ataupun sekecil memberi bantuan kepada fakir miskin. Sekembalinya ke pejabat, akan ada temu janji lagi ataupun dihubungi pihak media untuk memberi komen terhadap sesuatu isu berkaitan dengan kementeriannya.

Jamuan makan malam bukan semata-mata makan-makan dan sembang-sembang. Sebaliknya jamuan makan malam pak menteri selalunya penyeksaan dalam penantian. Ia dipenuhi dengan ucapan, penyampaian anugerah demi anugerah sebelum bersurai sehingga melewati jam 11 malam.

Pulang ke rumah, pasti ada penyokong parti yang menunggu memohon pandangan dan nasihat. Sehingga jam 2 atau 3 pagi dia mungkin perlu menyelesaikan tugas-tugas pejabat seperti menandatangani pelbagai dokumen sebelum dapat melelapkan matanya.

Seseorang biasa yang pandai menggunakan masa juga akan berjaya. Dia mungkin seorang kerani. Untuk memajukan dirinya, dia mengambil diploma melalui program Pengajian Luar Kampus. Pada hari-hari yang dia tidak menghadiri kelas, dia akan berniaga seperti menjual burger.

Ramai daripada kalangan mereka ini sudah berkeluarga dan masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Saya biasa menemui mereka yang membuat kerja sambilan dengan memandu teksi, berniaga, menjadi ejen jualan langsung, katerer dan juga broker.

Justeru itu, tiada sesiapa pun yang boleh komplen yang dia tidak mempunyai masa. Allah SWT yang mencipta dan mengurus masa memberikan semua insan 24 jam sehari. Tiada seorang insan pun diberi lebih masa seperti 25, 26 atau 27 jam sehari agar dia dapat menjadi produktif lebih daripada orang lain.

Kerana itu, andainya dia masih komplen, ertinya dia sendiri yang memendekkan masanya kerana bukankah komplen itu membazir waktu? fikir-fikirkan lah dimana kita sebenarnya.....

*petikan dari akhbar sinar harian rabu 27 jan 2010
 Oleh - Norden Mohamed
Read more

Tuesday, January 19, 2010

nama allah dipermainkan!

2 comments


apabila nama allah yang maha esa khusus untuk penganut islam disamakan dengan tuhan penganut agama lain terutamanya 'kristian'



ini adalah permandangan biasa bagi sesiapa pernah berada di indonesia....perkataan allah digunakan tanpa sebarang sekatan!


oleh itu! tanpa sekatan seperti mana di negara ini maka mungkin ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba membuat kontroversi seperti mana yang dimaksudkan dalam lirik-lirik lagu seperti diatas........

adakah kita sebagai rakyat malaysia sanggup melihat perkara-perkara sedemikian seperti mana yang berlaku di indonesia, yang diiktiraf sebagai sebuah negara islam yang terbesar di dunia! apakah tanggungjawab pemerintah bagi membendung gejala ini. salahkah kita menegakkan apa yang menjadi hak agama kita mengelakkan dari dipersenda.....fikir-fikirkan lah!
so...lu pikir la sendri!
Read more

Thursday, January 14, 2010

Charlie dan Angels

5 comments
'Hello Angel's'. the bos...'Hi...Charlie'..the angels, tu la ucapan yang paling famous dalam sejarah filem CHARLIE'S ANGELS  yang menjadi satu kegemparan pada satu ketika dulu, dengan keterampilan yang begitu menawan, para angel's terdiri daripada Dylan, Natalie dan Alex menjadi kegilaan seluruh dunia pada masa tu.....

tapi skrang ni lain plak yang berlaku di PDKS, yang mana demam si angel's bakal menular ke sini. hanya tinggal beberapa hari je lagi. kalau dalam filem... para angel's menampilkan imej yang imej sexy dan menawan tapi kat PDKS ni plak hadir dengan imej kesopanan dan kesusilaan.....

bagaimana semua ni boleh terjadi? kahkahkah.... tapi secara kebetulan watak dalam filem tu same plak dengan realiti di PDKS, dengan watak seorang angel's berbangsa tiong hua...( si lucy liu ) dan 2 lagi angel yang bertubuh agak berisi dan sasa. terfikir sejenak aku memandangkan filem itiew amat menarik untuk ditonton tp realiti di sini tidak seindah di dalam filem berkenaan....kahkahkah!

ni semua terjadi setelah seorang pegawai PDKS secara rasminya telah dinaikkan pangkat la katakan, tetapi perlu bertukar ke kementerian dan dengan seronoknya telah ditempatkan di kampung halamannya.... memang terpancar keindahan diwajahnya bila the bos umumkan perpindahan beliau itu. dan dengan nada sinisnya the bos berkata maka telah pupuslah pegawai lelaki m41 di PDKS.

aku memetik kata-kata keramat en. najib 'ni semua berkat doa warga kerja PDKS! kalau tak memang takdenye dia nak keluar', tak tau la aku samada ianya secara kebetulan atau sebenarnya beliau ni memang kurang digemari ramai, ataupun pak cik yang jumpa dia, yang bila jumpa je beliau mengarahkan pakcik tu buktikan dah berapa tahun! maka doa pakcik tu termakbul....sapa plak yang tahu kan.

apa yang dimaklumkan, tujuan beliau berpindah adalah kerana ingin menjaga orang tuanya yang telah uzur dan perlukan perhatian, akan tetapi aku kira warga PDKS mengerti yang sebenarnya beliau ingin melarikan diri dari segala kontroversi ciptaan beliau sendiri......

apa-apa pun sekalung tahniah kepada the bos kerana berjaya didampingi oleh para angel's yang gagah lagi perkasa....moga maju jaya!
Read more

Wednesday, January 13, 2010

duka nestapa.....

3 comments
setelah berhari2 aku mencuba memperbaiki setiap kemusykilan dan aku menjangka segalanya telah brakhir, rupa-rupanya panas yg ku harapkan tp hujan lebat ditengah hari membuatkan aku semakin resah, bukan kepalang resah yang menghantui diriku hanya kau yang mampu mengetahuinya...

penat aku rasa! ingatkan bila dah lama cuba mencari beberapa 'layout' blog dalam internet yang dirasa begitu bermakna dan amat menarik rupanya tu semua hanya mimpi sahaja....resah dan gelisah pabila setiap 'editing' yang aku lakukan menemui jalan buntu, kecewa ku rasa ada saja halangan yang menimpa sekejap kecil dan sekejap besar sesuatu yang amat menyakitkan. 'geram aku geram, geram bermacam ragam' dah macam sebuah nyanyian dalam sebuah radio swasta..........

aku dah 'fedap' dan dah malas nak buat blog lagi, aku suruh si ct tolong tp dia pun tak boleh nak tolong, aik...orang yang bijak blog pun tak boleh nak 'oter' blog aku ni sebab segala-gala ni berpunca dari dia la... dia yang tukar layout blog tapi dia tak boleh nak 'adjust' balik....naik bingung rasanya.........

kali ni 'last' la aku cuba tukar lagi layout blog aku ni tp tak tau la samada boleh dikomen ke tidak, macam layout yang sebelum-sebelum ni semuanya tak boleh nak komen...macam mana nak buat blog kalau begini.

sekiranya perkara ini berulang maka aku cadangkan pada diri ini....'ko bersara je la tulis blog ni tak pun tukar je yang sediada kat dalam tu'....tu la yang termaktub dalam benak pemikiran ini.....
Read more

Tuesday, January 12, 2010

layout blog...

10 comments

aaa....akhirnya berjaya juga aku menukar layout blog aku....bukan ape saje nak cari kelainan dari yg sebelumnya. hari tu aku try tukar layout lain, ok gak lawa tp susah nak edit puas aku try godek2 pun tak leh nak buat ape tambah bingung bile internt line asik kene gantung je (hang),
bile tanye ict "internet x depe, tu kene 'restart' balik tu" ayat dr fizah sahabat baik ct degis@degil, naik menyampah aku! klu sekali-skala tu x pe gak ni tgh2 syok layan tetibe je kene gantung aduh....


bengang la cam ni baik x yah ade line internet. tu sebab la aku x dpt nak update blog walaupun semasa itu aku mempunyai byk entry nak cite da kongsi bersama akan tetapi disebabkan talian internet yang membengangkan aku lupekan je la hajat hati ku ini.....


tp aku ade perasan 'x' bos aku tegur dlm blog yana yg blog aku tu x leh nak bg komen.... memang aku akui aku dah silap pilih layout dan membuatkan aku try berhari nak tukar layout tu, malangnya akan sebab masalah talian yg buatkan aku hampir nak campak je pc ni, nasib baik la ku pikir ia hakmilik kerajaan x jd la aku nak humban dr tingkat 3 PLB....


kini segala kesulitan itu telah berjaya ku tempuhi, segala masalah telah berjaya diatasi maka telah ku membuat beberapa pilihan dan ku rasa pilihan ini adalah yg paling sesuai untuk ku paparkan bg tatapan blog ini.....yg mana ia mempunyai unsur-unsur abstrak umpama scroll di zaman silam.
maaf atas segala kesulitan yang dihadapi........




Read more

Thursday, January 7, 2010

2010......ade ape ye!

3 comments
menjelang tahun baru memang ramai yg seronok, maklum la tahun baru.......ade yg seronok sebab keinginan pada tahun sebelumnya tercapai dan ade juga sebaliknya apabila tahun sebelumnya meningggalkan seribu penderitaan....itu la lumrah kehidupan ada pasang surutnya macam la juga air laut.............
bagi aku menjelang tahun baru ada gak yg pening ade gak yg seronok, sehari sebelum tahun baru aku dah kene marah dgn EXCO cina kopet, jenuh aku explain langsung x dihiraukannya sampaikan kontraktor bergaduh la dgn Y.B padan muka ko...
menjelang malam majlis makan malam kat hotel paling grand kat s.alam tp x la segrand mana pun, sempena berakhirnya tugas seorang pegawai yg cukup berdidikasi dan komited dgn keje, tu la bos kecik aku yg ramai orang sayang, sampai ucapan cado aku pun sebak dibuatnya umpama beliau kepatahan 2 blah sayap ataupun terpaksa terima hakikat bos kecik aku dah sama ranking dgn beliau...hahahah!
pd masa yg sama aku kahilangan seorang staf yg paling aku percaya sebab dia antara teknisen yg paling smart buat keje dan senang nak diurus, ape kan daya x leh nak halang sebab isterinya lebih perlukan perhatian dr ko nizam berbahagia la hendaknye....tp malang menimpa baru sehari keja motor Yamaha 125z yg dibeli dr rasid dah kene curi, dah la sedih tinggal sahabat karib ditimpa kehilangan motor. alamak tuan...kesiannya!
cite terbaru seorang pegawai degis plak nak kene tukar ke s.alam sebab dengar cite degil sgt2, sebab 2 la suke pegi bt 2 makan begedil memang degil pun. maka si yana comei pun dilanda kesedihan la gamaknye pabila sahabat karibnya yg menjadi tempat meluahkan perasaan selama ini bakal pergi meninggalkan dirinya...oleh sebab itu akan ku bekalkan lagu pergi nyanyian aizat bg mengiringi pemergiannya....
dan sebenarnya....separuh dari staf PLB akan ditukarkan maka berwajah baru la PLB pd tahun apabila wajah2 kemuda-mudaan bertukar ke wajah kemak-makan. knp la malang sungguh nasib PLB ni...sentiasa jadi mangsa keadaan...
agak2nya lepas ni ape lak yg akan diredah sehingga hujung tahun 2010 ni ye, susah aku nak jangka sebab tu semua diluar kawalan aku......semoga tahun baru ni dapat la diharungi dgn sebaik mungkin..............amin!
Read more